CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32172|Reply: 9

[Tempatan] Kediaman resort warga emas untuk t20 di Klang bermula RM8,500 sebulan.Anda berminat?

  [Copy link]
Post time 2-12-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KLANG: Columbia Pacific Management Group membuka kediaman komuniti warga emas yang pertama di Malaysia iaitu Pacific Senior Living @ Acacia dengan harga penginapan bermula daripada RM8,500 sebulan.



Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn Bhd, Carl Nicholas Isaac, berkata kediaman itu menampilkan suasana seperti resort, kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas.

Katanya, Acacia menawarkan sejumlah 136 bilik yang direka teliti, menampilkan tiga susun atur berbeza berukuran 312 kaki persegi hingga 592 kaki persegi yang termasuk pilihan bilik Superior, Eksekutif dan Premier.

"Kediaman serba moden ini telah direka bentuk dengan penuh teliti, menggabungkan elemen yang memberi perhatian kepada perincian seperti kelengkapan dan perabot anti-jatuh serta susun atur ergonomik.

"Ia menawarkan pelbagai kemudahan yang komprehensif, termasuk kolam renang, jakuzi panas, kawasan barbeku, bilik hiburan (karaoke dan bilik tayangan), antara lain.

"Acacia juga menawarkan kemudahan khusus seperti perkhidmatan fisioterapi dalaman dan bengkel hobi, untuk memenuhi pelbagai minat penghuni," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan kediaman komuniti berkenaan di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut mencemar duli meninjau bangunan dan kemudahan kediaman komuniti itu.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Isaac berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk menambah cawangan kediaman berkenaan pada masa akan datang.

"Kami akan membuka lagi beberapa kediaman seperti ini dalam negara, saya tidak boleh nyatakan jumlah sebenar, tetapi tumpuan buat masa ini adalah di dalam Lembah Klang.

"(Namun) kami berharap dapat mengembangkan kehadiran ke negeri lain termasuk di Malaysia Timur dan Johor pada masa akan datang," katanya.

Beliau menjelaskan, Klang dipilih sebagai lokasi pertama di Lembah Klang kerana demografi warga emas yang semakin bertambah di daerah itu.

"Selain itu, lokasi ini juga terletak tidak jauh dengan pusat penjagaan kesihatan dan hospital, hanya tiga kilometer dengan hospital Columbia Asia Klang dan hospital kerajaan.

"Kedudukannya juga strategik di pusat bandar Klang dan tidak jauh dari bandar raya Kuala Lumpur," katanya.

Pihaknya juga menyasarkan untuk meningkatkan kadar huni di kediaman komuniti warga emas itu sehingga 20 peratus dalam tempoh setahun akan datang.

"Ketika ini, kediaman ini baru mempunyai lima penghuni dan berharap ia akan bertambah pada masa akan datang," katanya.
www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/11/1183150/kediaman-resort-warga-emas-di-klang-bermula-rm8500

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 05:04 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 2-12-2023 05:08 PM

Malaysia semakin menuju ke arah negara warga kertu takde anak takde pewaris generasi sebab yg mooda moodi memileh huntok jadik bujang andartu andalusia, kalau hada anak pung bakalan humban warga kertu ni ke umah org tua2 alasan dgn alasan sebokkkkkkkkkk dan takde privasi padahal malas nak jaga tersenyum sinisss





Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara.
https://www.mkn.gov.my/web/ms/20 ... -fizikal-warga-emas










Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat ni dekat klang boleh nampak dari fed hway
Okaylah pilihan utk tua2 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kertu masih mau simin pul, jakuzi, hiburan bagai ka? Ingatkan mau jejak kaki pi masjid bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan yg pertama pun kan..kt bangsar & sunway pun ada dah

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 2-12-2023 07:29 PM

Basic je rm8500 ni....
Gedebak, gedebuk gitu gini akn jadi RM12k jugak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal sgt nih...kalau dlm rm2000-2500 pun ramai yg akan join...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah bila dah tua tapi tak mati2

Hidup pun susah, mati pun banyak susah oooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
8-9k tu mampuke ank2 nk bayo? Ni apek2 kayo duit jota2 boleh lahhh..syg pulak byr camtu je baik g travel ke belajar pondok pon best..lg damai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmno, kwsp asal dibenarkan pengeluaran berderu org keluarkan takut x sempat merasa. Tua nnti tinggal berapa helai agaknye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058260 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list