CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10770|Reply: 0

[Sabah] Perubahan nasihat perjalanan UK petanda baik untuk Sabah

[Copy link]
Post time 2-12-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode

CHRISTINA


KOTA KINABALU: Perubahan besar nasihat perjalanan United Kingdom (UK) ke Sabah sejak 2013 adalah petanda baik untuk warga British yang ingin melancong ke kawasan pantai timur negeri ini.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Sabah adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi dan menjalankan perniagaan.

“Sabah menyambut baik keputusan Kerajaan UK yang membatalkan nasihat agar tidak lagi mengunjungi kawasan pulau dan tapak menyelam di kawasan maritim sekitar Kudat.

"Saya optimis nasihat sama juga akan diaplikasi ke pantai timur Sabah dalam masa terdekat," katanya.

Nasihat perjalanan yang melarang penduduknya ke kawasan pulau dan tapak menyelam dari Sandakan ke Tawau, termasuk Pulau Lankayan kecuali urusan penting bagaimanapun masih terpakai.

Sementara itu Christina berkata, Statistik Bahagian Perangkaan Lembaga Pelancongan Sabah menunjukkan terdapat 20,532 ketibaan pelawat dari UK dan Ireland dari Januari hingga September tahun ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045818 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list