CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12884|Reply: 0

[Politik] Ratu Naga saman kerajaan....

  [Copy link]
Post time 2-12-2023 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 2-12-2023 09:08 AM



KUALA LUMPUR – Seorang aktivis wanita yang dikenali sebagai Ratu Naga memfailkan saman pemula terhadap kerajaan berhubung satu perhimpunan “Himpunan Aman Selamatkan Malaysia” di ibu negara pada 16 September lalu.

Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah selaku plaintif memfailkan saman pemula itu secara dalam talian di Mahkamah Tinggi di sini pada 8 November lalu menerusi Tetuan Daim & Gamany dengan menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen, wanita berusia 43 tahun itu memohon deklarasi bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak boleh dikuatkuasakan menurut perintah Mahkamah Rayuan bertarikh 25 April 2014.

Sementara itu dalam afidavit sokongan yang turut difailkan dalam saman pemula ini itu menyatakan bahawa, pihak polis telah merekodkan keterangan plaintif pada 19 September lalu, iaitu tiga hari selepas perhimpunan itu berlangsung.

Plaintif mendakwa, siasatan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 9(5) itu sedangkan ia tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia telah diisytiharkan oleh Mahkamah Rayuan sebagai batal.

Susulan itu, plaintif memfailkan saman ini bagi melindungi dirinya daripada risiko atay sebarang kesan buruk yang boleh diambil oleh defendan.

Pada 19 September lalu, media melaporkan polis telah merakam keterangan lima individu lagi bagi membantu siasatan berkaitan himpunan itu pada 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua mereka hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Antaranya ialah Penyedia Kandungan TikTok Pro Perikatan Nasional Syarul Ema Rena atau Ratu Naga.


Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 8 Users voted

Count down: 335 Days6 Hours1 min.

Your User group have no permission to vote
PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.082116 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list