View: 3289|Reply: 4
|
[Tempatan]
Umur baru pertengahan 30an, dah makan ubat darah tinggi dan ubat kolesterol
[Copy link]
|
|
Umur baru pertengahan 30an, dah makan ubat darah tinggi dan ubat kolesterol. BMI 28.
Sejarah keluarga pula kedua-dua ibu bapa ada darah tinggi dan menghidap strok.
Bila tanya makan apa, makan ikan pekasam. Kalau tak ikan pekasam, ada ikan masin atau ikan kering atau acar limau atau acar ikan kering - dia suka sangat.
Goreng pulak telur. Kat telur letak cukup rasa.
Suka makan ikan masak kicap, ikan masak asam, ikan masak cuka.
Saya minta kurangkan kuah.
Saya minta jangan letak garam dalam telur.
"Tak sedap!" dia balas.
Rasa masin ni kita belajar. Ambil masa sekurang-kurangnya 15 hari untuk ajar semula lidah untuk suka kurang masin.
Itu boleh diasuh dengan syarat kita mahu berubah.
Yang kat bawah ni, satu pek ada sehingga 1-2 sudu teh garam. Kalau 2 pek kita letak, masyaAllah seperti menempah pusara mu lebih awal.
Saranan maksimum garam sehari adalah 1 sudu teh sahaja.
"Biar betul, adakaaaa orang buat macam tu?"
????
Sebab adalah maka orang jual.
Makanan boleh jadi ubat, bahkan boleh jadi racun.
Terpulang anda.
*tidak tertakluk kepada jenama tertentu sahaja. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 30-11-2023 10:30 PM
darah tinggi bukan sebab garam ler
sebab kurang nutrisi yang lain
menu makan tak balance, x cukup nutrition
bila umur meningkat, utk maintain optimum awet muda
badan perlukan lagi banyak "raw material"
so kena ada balance nutrition, nak mudah amik "superfood"
nak counter HBP,
kena amik makanan tinggi magnesium
magnesium yang buat salur darah jadi elastic or anjal
takde la keras kejung, sampai salur darah sempit
praktis sekali 478 breathing
terbukti boleh turunkan HBP
brisk walk 2,3 kali seminggu
settle
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pasa at 30-11-2023 11:39 PM
Punca malas bersenam. Org dulu keje bawak basikal, kerja guna kederat. Makan Nasi sayur Kampung + ikan masin sbg perasa utk mknan. Zaman skg org dok Kampung gi keje paling sapa saui pun naik motor kerja pun tak nak yg keluar peluh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, dietary intake saya jauh lebih teruk.
Mungkin orang ini ada metabolic issues.
Tentu ada Familial Hypercholesterolaemia ke, Familial Hypertriglyceridaemia ke etc |
|
|
|
|
|
|
| |
|