CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4643|Reply: 0

[Kedah] Suri rumah rela potong kaki mengenangkan anak-anak

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:16 PM | Show all posts |Read mode

Fatin Farhanah Mahfar Adib, 29, yang kehilangan sebelah kaki kiri akibat kanser tulang rawan hanya menjual aiskrim Malaysia untuk menyara keluarga. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Padang Terap: "Saya memilih untuk memotong kaki mengenangkan tiga anak yang masih kecil," kata Fatin Farhanah Mahfar Adib, 29, yang terpaksa kehilangan kaki kiri demi menyelamatkan nyawanya selepas menghidap kanser tulang rawan sejak empat tahun lalu.

Menurut Fatin Farhanah, sel kanser di bahagian paha hingga ke bawah kaki kiri menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan segera kerana bimbang merebak ke bahagian lain.

"Saya terpaksa memilih untuk memotong kaki kiri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana tiada pilihan semata-mata untuk menyelamatkan nyawa saya selain mengenangkan tiga anak masih kecil walaupun ramai yang membantah saya berbuat demikian.

"Ketika itu, saya baru lepas bersalin anak ketiga (Maryam Mohd Tajuddin, 4) namun saya reda dengan keputusan yang saya buat walaupun berat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Mukim Tekai Kiri, Naka, di sini hari ini.



Menurutnya, suaminya, Mohd Tajuddin Othman, 36, yang sebelum ini menoreh getah untuk menyara keluarga tetapi tidak dapat bekerja kerana menjaga ibu yang sakit selain kerap hujan menyebabkan dia tidak dapat keluar menoreh.

Menurut Fatin Farhanah, dia yang sebelum ini mengajar kelas mengaji al-Quran tidak mampu lagi mengajar kerana pergerakannya terhad dan hanya bergantung menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Katanya, dia kini berniaga aiskrim untuk membantu menyara keluarga bergantung pada kemampuan dan selalunya pulangan yang diperoleh tidak menentu.

Katanya, dengan wang menjual aiskrim itulah dia membeli barangan keperluan dapur serta perbelanjaan sekolah anak-anaknya, Umar Mujahid, 9, yang menghidap Celebral Parsy selain Yusuf, 6, dan Maryam.

"Saya sepatutnya perlu menjalani rawatan fisioterapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kekangan masa dan wang ringgit," katanya.

"Pada mulanya dia agak janggal kerana tidak mempunyai kaki untuk bergerak namun lama kelamaan perasaan itu hilang dan terpaksa menerima hakikat yang kakinya terpaksa dipotong.

"Selepas dua bulan menjalani pembedahan itu, saya berehat di rumah dan tidak lama selepas itu saya menjalankan tugas harian seperti biasa menguruskan rumah tangga.

"Namun saya bersyukur apabila dimaklumkan sel kanser itu sudah tiada selepas kaki dipotong tetapi saya perlukan kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Agro Bank 2005061000224025 milik Fatin Farhanah atau menghubunginya di talian 016-3781910.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menghulurkan sumbangan kerusi roda, wang tunai serta barangan keperluan harian untuk Fatin Farhanah.

Katanya, sumbangan kerusi roda tu bertujuan untuk memudahkan pergerakan pesakit memandangkan kerusi roda yang sedia ada sudah rosak.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... genangkan-anak-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list