CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2221|Reply: 0

[Kedah] ‘Sampai bila nak beli air botol?

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk mengambil air daripada tong besar yang disediakan SADA ketika tinjauan di Taman Ladang Sungai Raya, Langkawi baru-baru ini.

LANGKAWI – Kira-kira 500 keluarga berdepan masalah gangguan air sejak dua tahun lalu sehingga ada penduduk yang terpaksa menggunakan air sungai untuk kegunaan harian mereka.

Tinjauan di Taman Ladang Sungai Raya dan Kampung Kisap mendapati rata-rata penduduk meletakkan bekas tadahan air di luar rumah untuk mengisi air.

Penduduk, N. Tharisinei, 29, berkata, sejak 2021, bekalan air yang diterima tidak menentu selain tiada notis gangguan dikeluarkan oleh pihak berwajib.

“Kami terpaksa hubungi SADA (Syarikat Air Darul Aman) beberapa kali meminta mereka menghantar air. Pernah berlaku kejadian SADA beritahu lori rosak sedangkan ketika itu bekalan air sudah terputus hampir tiga hari berturut-turut.

“Disebabkan itu, ada penduduk ambil air sungai, tetapi jika musim kemarau sungai juga kering,” katanya ketika ditemui.

S. Annappurani Ammal, 42, pula berkata, disebabkan masalah itu, ada penduduk yang membeli air mineral dan menghantar pakaian ke kedai dobi.

“Namun, sampai bila kami harus begini? Kami bukannya orang senang yang boleh membeli air mi­neral dan hantar pa­kaian ke kedai dobi setiap hari.

“Sudah dua kali kami tak dapat sambut Deepavali kerana tiada air. Baru-baru ini ada jiran meninggal dunia, kami terpaksa beli air untuk memandikan mayat,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang mengusahakan kedai makan, Suriyah Abdullah, 53, berkata, dia menanggung kerugian yang banyak sewaktu bekalan air terputus.

“Biasanya saya memasak di rumah sebelum makanan dibawa ke kedai. Baru-baru ini, bekalan air sudah kembali seperti biasa, tetapi airnya pula tidak bersih.

“Namun, kami risau jika bekalan air terputus lagi tanpa notis seperti sebelum ini,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... nak-beli-air-botol/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054930 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list