CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5110|Reply: 17

[Tempatan] 29,000 graduan tak dapat kerja selepas enam bulan tamat pengajian

  [Copy link]
Post time 30-11-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-11-2023 02:56 PM

KUALA LUMPUR: Seramai 29,000 graduan belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2022.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah itu berdasarkan data rasmi sistem kajian pengesanan graduan yang dikeluarkan kementerian.

Beliau berkata, jumlah graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada 2021 adalah seramai 41,467 atau 14.5 peratus.

"Kebolehpasaran graduan diberikan perhatian sangat serius oleh KPT.

"Memang tidak dinafikan bahawa bilangan siswazah dalam negara meningkat setiap tahun.

"Bagaimanapun, kadar pengangguran siswazah mengalami penurunan sebanyak 0.4 peratus untuk mencatatkan 3.7 peratus pada 2022, berbanding 4.1 peratus pada 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi KPT di Dewan Rakyat, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya mengakui ramai graduan pasca siswazah yang belum mendapat pekerjaan.

Katanya, ini kerana mereka yang berkelulusan pasca siswazah di negara ini tidak banyak pusat atau institusi penyelidikan sama ada di peringkat kerajaan ataupun swasta yang menawarkan pekerjaan.

"Jadi itu satu perkara yang kita tidak menafikan hakikat, bagaimanapun KPT sudah melaksanakan inisiatif secara berterusan bagi memastikan bakat dan kemahiran yang pelbagai dapat diberikan kepada siswazah kita.

"Antaranya kita melaksanakan semakan dan penambahbaikan kurikulum secara berkala dalam tempoh tiga hingga lima tahun bagi memastikan pelajar yang mengambil bidang berkenaan mempunyai daya saing serta keboleh pasaran yang tinggi sebaik saja menamatkan pengajian," katanya.

Berhubung gesaan Ahli Parlimen Jelutong supaya KPT memeriksa kelulusan doktor falsafah (PhD) yang dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamed Khaled berkata, kementerian tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan, kenyataan atau kelakuan oleh pemegang PhD.

"Kalau pun ada seseorang yang mempunyai PhD itu, dia tak semestinya menjadi pakar atau sempurna dan mengetahui segala-galanya.

"Dia mungkin pakar bidang dia tapi yang lain-lain, dia mungkin tidak mendalam dalam perkara itu…Jadi atas sebab itulah, kita berhadapan dengan keadaan sepert yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat," katanya.

Tambahnya, selepas ini KPT akan lebih ketat dalam soal menentukan siapa yang boleh mengikuti program PhD dan sebagainya.

"Memang amat malanglah, lebih-lebih lagi ia berlaku sebagai mereka yang keluar daripada sebuah universiti ternama seperti USM," katanya.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 11:16 AM | Show all posts
"Antaranya kita melaksanakan semakan dan penambahbaikan kurikulum secara berkala dalam tempoh tiga hingga lima tahun bagi memastikan pelajar yang mengambil bidang berkenaan mempunyai daya saing serta keboleh pasaran yang tinggi sebaik saja menamatkan pengajian," katanya.


kalu bilangan kekosongan kerja memang kurang maka tak ada guna kononnya pertingkatkan daya saing.

satu orang dapat tapi yang lain tak akan dapat sebab kekosongannya terhad, ianya tidak akan memperbaiki keadaaan banyaknya bilangan mereka yang menganggur
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:28 AM | Show all posts
Keje bodo2 jer pastu men tiktok jer tergedik2 pun dapat koin
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 10:30 PM | Show all posts
Jgn memilih....kerja dulu timba pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian zaman skrg, kerja apa saja
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la peluang pun makin sempit, umur bersara pun dilanjutkn sampai 65 ke 70. Terketor2 lutut dan jari nk buat keje.
Pehtu suruh lg org beranak ramai...nk suruh buat apa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 30-11-2023 11:16 AM
kalu bilangan kekosongan kerja memang kurang maka tak ada guna kononnya pertingkatkan daya saing.  ...

Klu ada kerja kosong pun, majikan mana la yg nak ambil calon pekerja klu mcm mp kepala batas tu. Belajar sampai tahap phd, tapi tak melambangkan keintelektual.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi gaji 3k setahun dah demand nak jadi SE.. npd pun ado.. main pilih2 pulak task apo.. tak suka tamau buat.. kijo tak pernah siap.. main tepon lajuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertiary education is now almost purely about business and profit... Graduan menganggur? Not their problem... Isu ni akan terus melarat sampai satu tahap, universiti ni jadi setaraf sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 05:10 AM | Show all posts
Sekarang ni pun ramai je dapat masuk u walaupun results tak hebat pun. Dulu uni disebut menara gading. Sekarang layak ke lagi disebut menara gading kalau kualiti student tak mcm gading. I kata ni sebab I tahu ada budak2 yg results SPM tak macam mana pun tapi dpt u. Yg menganggur ramai2 terlampau ni sebab memang kerja bersesuaian kurang atau  graduan tu tak layak, maka employers tak hire? Yg mana satu sebenarnya? Atau ada faktor lain?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia tak produce high skilled jobs yang cukup. Takleh nak harapkan MNC dan GLC semata.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 08:37 AM | Show all posts
adik meols amik masa 8 bulan jugak utk dpt his first job...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak i waktu cuti ambik part time jobs walau gaji ciput sbb dia nak pengalaman serta good on his resume. Dia tak kisah gaji sbb kami bg allowance kat dia walau sikit. Dia cari kerja yg broaden his horizon dan kenalan. His English jugak excellent dan dia mmg selalu jd MC di functions. Confidence tu dia built melalui cara tu. As a result dia dpt kerja sblm graduate dgn gaji bersih lebih Rm4000
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kolig iols dok canang2 anak dia grad computer science bleh dpt keje kat singapura gaji rm12k, pastu quit, pastu now keje dgn ernst & young gaji kepuk2 jugak.. tak termasuk dlm stats ataih ni kott..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 1-12-2023 09:00 AM
Kolig iols dok canang2 anak dia grad computer science bleh dpt keje kat singapura gaji rm12k, pastu  ...

Lepas ni blh dia pi dubai....lagi berkepok2. Tp 2nd classlah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 1-12-2023 09:29 AM
Lepas ni blh dia pi dubai....lagi berkepok2. Tp 2nd classlah.

Mmg dia plan nak ke dubai tapi last2 tak jadi.. kolig iols la suka dok canang2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 10:37 AM | Show all posts
kerja kilang...lepas tu jd mod forem sampai jd andatu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:52 AM | Show all posts
masa grad pun buat perangai pelik2 macam sakai laut tak sekolah
sapa nk amik kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.070905 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list