CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4398|Reply: 1

[Dunia] Bapa bunuh anak atas arahan ahli keluarga lebih tua

[Copy link]
Post time 30-11-2023 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Bapa bunuh anak atas arahan ahli keluarga lebih tua


Foto hiasan


Peshawar: Polis Pakistan menahan empat individu, termasuk seorang bapa yang membunuh anak perempuannya atas arahan ahli keluarga yang lebih tua kerana gambar gadis berkenaan dipaparkan di media sosial, kata polis.

Polis berkata, mangsa berusia 18 tahun ditembak mati oleh bapanya minggu lalu di Kolai-Palas, berhampiran sempadan Afghanistan, selepas diarahkan ahli keluarganya untuk berbuat demikian.

Ahli keluarga itu turut mengarahkan pembunuhan rakan gadis berkenaan yang turut bergambar bersama dengan mangsa, namun dia sempat diselamatkan polis, kata pegawai.

Suspek, Arslan Mohsin dan tiga lagi saudaranya ditahan dan dibawa ke mahkamah, kata pegawai polis Masood Khan kepada Reuters.

Setiap tahun, ratusan wanita di Pakistan menjadi mangsa 'pembunuhan demi kehormatan', oleh ahli keluarga sendiri atas alasan mempertahankan maruah keluarga, khususnya di kawasan luar bandar.

Gambar wanita juga dianggap sebagai taboo bagi segelintir kaum.

Reuters belum berpeluang mendapatkan komen daripada ahli keluarga mangsa.

Walaupun undang-undang lebih ketat dan kemarahan masyarakat di Pakistan, pembunuhan demi kehormatan tetap berlaku, dengan 384 kejadian dilaporkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan pada 2022 sahaja, kata Nadia Rahman dari pejabat serantau Asia Selatan di Amnesty International.

"Kerajaan Pakistan dan agensi penguatkuasaan undang-undang digesa memberi perlindungan kepada mangsa yang terselamat dalam kes ini dan mendakwa mereka yang terbabit tanpa menggunakan hukuman mati," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... -keluarga-lebih-tua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg sampai ke sudah mcm ni je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.376680 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list