CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2592|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerajaan N9 bentang Belanjawan 2024 Jumaat ini

[Copy link]
Post time 29-11-2023 07:06 PM | Show all posts |Read mode


Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan akan membentangkan Belanjawan 2024 berlandaskan Pelan Pengurusan Kewangan Madani pada Jumaat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, pelan berkenaan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri pada 20 September lalu.

Katanya, Negeri Sembilan adalah negeri pertama menyediakan Pelan Pengurusan Kewangan Madani di negara ini, bagi memastikan belanjawan tahunan itu disediakan secara mampan, saling menghormati dan ihsan.

Belanjawan itu yang mengandungi 10 teras terkandung dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan akan dilaksanakan secara berperingkat dan bersifat inklusif merentasi sempadan politik, geografi dan kelompok masyarakat

Penyediaan belanjawan ini dilaksanakan secara teliti melalui pelbagai sesi perbincangan dan konsultasi dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan enam bidang tumpuan merangkumi kerohanian, infrastruktur, sosial, pertanian, pelancongan dan pentadbiran terus diperkukuhkan.

"Kita berharap Belanjawan 2024 ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini terutama dalam membantu meringankan beban yang digalas terutamanya menangani isu peningkatan kos sara hidup dan keterjaminan makanan," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Katanya, belanjawan itu adalah yang pertama bagi Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15, pada 12 Ogos lalu
.


Disiarkan pada: November 29, 2023 @ 5:10pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054630 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list