CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3480|Reply: 9

[Tempatan] Yasin Sulaiman tak sangka bebas, lepas 3 tuduhan dadah tapi kena ke hospital bahagia

  [Copy link]
Post time 29-11-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-11-2023 04:47 PM




PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan melepaskan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman atas tiga tuduhan kes dadah.

Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan penyanyi berusia 48 tahun itu ditempatkan di bawah jagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Yasin akan ditempatkan di hospital bahagia selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor di bawah Seksyen 348(2) KTJ.

"Setelah mahkamah meneliti keseluruhan keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati bahawa tertuduh ada melakukan perbuatan sebagaimana dalam ketiga-tiga pertuduhan.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa tertuduh dilepas dan dibebaskan atas alasan semasa kejadian sebagaimana didakwa pada 24 Mac 2022, tertuduh berada dalam keadaan mentalnya yang tidak waras walaupun sedar akan perbuatannya.

"Namun, gejala mania (emosi tidak stabil) dialami masa itu menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatannya adalah salah dan bertentangan undang-undang," katanya.

Pada 23 Oktober lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas satu-satunya saksi mereka iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony selesai memberi keterangan.

Muhammad Yasin diarah membela diri pada 3 Oktober lalu atas tiga kes dadah selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.

Pada 15 September lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, memaklumkan menutup kes selepas selesai pemeriksaan semula terhadap pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika itu, Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz.

Muhammad Amirul antara tujuh saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 28 Ogos lalu.

Muhammad Yasin didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 04:46 PM | Show all posts
harap yassin akan terbang tinggi di hospital bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sia-sia jadi walanon
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 29-11-2023 07:38 PM
Tak sia-sia jadi walanon


Hmmmmmmmm.......
    ......
..  ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia ni...last2 jadi gila. Tapi mmg boleh gila kalau dah masuk penjara bergari depan umum depan masyarakat,  peminat.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 07:55 PM | Show all posts
sebab tu dia hisap ganja. ubat anti-depression.

tapi dia up sket, terus tanam pokok. petani moden katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 29-11-2023 07:55 PM
sebab tu dia hisap ganja. ubat anti-depression.

tapi dia up sket, terus tanam pokok. petani moden  ...

Yg kelakar dia bt bonsai tu pokok2 ganjar yg dia tanam..anak jutawan pe citer ye..lps gitu je ke..yg ni merimbun2 dia tanam
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 08:31 PM | Show all posts
ina_na replied at 29-11-2023 08:09 PM
Yg kelakar dia bt bonsai tu pokok2 ganjar yg dia tanam..anak jutawan pe citer ye..lps gitu je ke.. ...

anak jutawan tu up sket dari yasin. terus buat hidroponik. Menyahut seruan kerajaan katanya. Senyap je, biasa la tengok la bapak dia sapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg "dato" janda baik tu lagi hebat. Siap ada ladang ganja kat janda baik
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 29-11-2023 08:31 PM
anak jutawan tu up sket dari yasin. terus buat hidroponik. Menyahut seruan kerajaan katanya. Senya ...

Tu la nye.. lgpun Yasin ni dah ade medical report dr hospital sakit jiwa...mmg sll kalo kes2 melibat pesakit hospital sakit jiwa ni akan buang gitu je...kn msk hospital dia hukuman nye... X leh terfkr di otak Kita patut boleh jdkan lebat dan banyak pokok dia p bonzai Kan...agaknye sambil bonzaikan pokok ganjar dia tu ade bermadah2 X..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.339085 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list