CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 7

Lepas Dan Bebas 3 Tuduhan Dadah, Yasin Sulaiman Kena Masuk Hospital Bahagia

[Copy link]
Post time 29-11-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Yasin Sulaiman dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas tiga tuduhan kes dadah pada Rabu.


Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun mengarahkan Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.


Dalam prosiding sebelum ini, saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony mencadangkan agar Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.




Foto: IG




Menurut saksi pembelaan itu, hasil pemerhatian terhadap Yasin menunjukkan pesakitnya berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian seperti yang didakwa dalam pertuduhan.


Pada 6 Julai tahun lalu, Yasin terselamat apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.


Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.


Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 04:07 PM | Show all posts
alhamdulillah. ada berita baik juga daripada berita kawin 2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bipolar pun boleh masuk hospital gila. Belum tahap gila lagi kan.  Makan ubat konsisten boleh elok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 06:18 PM | Show all posts
bipolar ni... ada peringkat nya.. ada yg kalau x makan ubat.. mmg kesian laa org keliling nak deal dgn mood diaorg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:35 AM | Show all posts
nano replied at 29-11-2023 06:18 PM
bipolar ni... ada peringkat nya.. ada yg kalau x makan ubat.. mmg kesian laa org keliling nak deal d ...

betul ... ingat tak Isma, pengarah yg dok langkawi tu ?  
bipolar dia tahap teruk... sesekali kalau ok nampak la mcm sihat tp bila time tak elok
mmg tak boleh di kawal.  memang kena makan ubat, kena pantau & pastikan dia dlm keadaan tenang.
Insyaallah kalau Yasin pegi Hospital Bahagia tu rasanya dia akan happy kat situ.. dia takkan di kurung rasanya.
patients yg tak bahayakan org ditempatkan di wad yg agak terbuka boleh ke hulu ke hilir... pd yg semakin sihat
dorang ada kawasan tanah yg sangat luas untuk berkebun... cepat pulih nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah 1 perjalanan hidup dia yang perit. Masuk penjara pakej sekali penyakit. Semoga tabah dan kembali hidup normal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2023 12:01 PM | Show all posts
cuba orang awam apa la hukumannya kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 12:19 PM | Show all posts
makin berisi yaasin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054626 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list