CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4285|Reply: 14

[Dunia] JDT dbelasah 5-0, peluang makin malap

  [Copy link]
Post time 29-11-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 29-11-2023 02:28 PM

KUALA LUMPUR: Peluang untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) lolos ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) semakin tertutup apabila dibelasah Kawasaki Frontale 5-0 di Stadium Todoroki, (malam) tadi.

Keputusan itu menyaksikan Kawasaki Frontale mengesahkan tempat mereka di pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan I ketika saingan peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan.

Harimau Selatan ketinggalan hanya selepas lapan minit perlawanan berlangsung apabila Akihiro Ienaga menyudahkan umpanan Takuma Ominami.

Lima minit selepas bersambung babak kedua, skuad kendalian Toru Oniki menggandakan kedudukan menerusi rembatan Leandro Damiao yang terkena tiang sebelum menerjah jaring.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Marcinho kemudian muncul pemain ketiga Kawasaki Frontale yang merobek gawang skuad Esteban Solari dalam perlawanan itu selepas dia menanduk masuk bola hantaran Miki Yamane pada minit ke-60.

Permainan lebih berkualiti dipamerkan Kawasaki Frontale terus membuahkan hasil dengan pemain gantian, Yu Kobayashi meledak gol keempat, sembilan minit kemudian.

Malang terus menimpa Harimau Selatan apabila gawang mereka bocor buat kali kelima dan kali ini menerusi Yamane pada minit ke-88, sekali gus mengesahkan kemenangan besar Kawasaki Frontale.

Kemenangan bersih dalam lima perlawanan menyaksikan Kawasaki Frontale terus unggul di tangga teratas kumpulan dengan mengumpul 15 mata, enam mata di hadapan pasukan tangga kedua, Ulsan Hyundai yang mengatasi BG Pathum United 3-1.

JDT di kedudukan ketiga dengan menghimpun enam mata, manakala BG Pathum United yang tewas semua lima perlawanan menghuni tangga tercorot dan sah terkeluar dari perebutan tiket ke pusingan seterusnya.

Harimau Selatan akan menutup saingan peringkat kumpulan berdepan BG Pathum United sementara Kawasaki Frontale pula berdepan Ulsan Hyundai dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung pada 12 Disember ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:50 PM | Show all posts
hehehehehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya jdt ni mmg jaguh kg je la ye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud semakin tertutup. Sebelum ni dah tertutup ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 01:57 PM | Show all posts
Aku ada nampak dlm FB tajuk

"JDT di Kelantan kan Oleh Kawasaki"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 02:01 PM | Show all posts
grouper replied at 29-11-2023 12:57 PM
Maksudnya jdt ni mmg jaguh kg je la ye...

i baru nak taip apa yg u taip..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:01 PM | Show all posts
matseh replied at 29-11-2023 01:57 PM
Aku ada nampak dlm FB tajuk

"JDT di Kelantan kan Oleh Kawasaki"

wow downgrade tuh..di ayam-ayamkan pun sesuai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dkt malaysia bolehla, ada royalty boleh campur tangan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
matseh replied at 29-11-2023 01:57 PM
Aku ada nampak dlm FB tajuk

"JDT di Kelantan kan Oleh Kawasaki"

Bru kawasaki dh kena kitai.... blm jumpa honda & yamaha lg. ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:13 PM | Show all posts
jgn perli lebih2, nanti ada yg bersara dari mewakili pasukan kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:25 PM | Show all posts
Kalau JDT tu cermin Skuad Kebangsaan + Klass A Asian Foreign Players maka kita tak le harap sangat piala asia Dec ni.
Tapi kita masih ada Mikey dan B Gan. Cools dan Wilkins.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 02:53 PM | Show all posts
siyess laaaa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064681 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list