CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8512|Reply: 0

[Sabah] Rasuah penyakit besar, perlu ditangani tanpa kompromi

[Copy link]
Post time 28-11-2023 09:11 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG DUN: Hajiji (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan (tengah) dan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (kiri).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak pernah berkompromi dalam memerangi rasuah yang disifatkan sebagai satu penyakit besar jika tidak ditangani dan menjadi halangan untuk menyelesaikan sebarang isu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kes rasuah yang melibatkan jabatan kerajaan seperti Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebelum ini menjadi satu pengajaran bukan sahaja kepada jabatan kerajaan malah kepada semua penjawat awam termasuk kepimpinan negeri.

Katanya, kegiatan rasuah yang tidak dibendung secara serius turut menjadi penghalang kepada apa juga usaha pembangunan atau program-program kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang) mengenai langkah yang diambil kerajaan bukan hanya memerangi rasuah di jabatan kerajaan, tetapi usaha untuk memastikan duit yang diambil atas kesalahan rasuah dikembalikan kepada Sabah pada sidang DUN hari ini.

"Kerajaan negeri berpendirian tegas dalam memerangi rasuah di semua jabatan kerajaan termasuklah JANS seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Senallang.

"Kerajaan juga mengambil serius perkara yang berkaitan dengan masalah bekalan air seperti isu air dijual. Kita meminta Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) untuk menjalankan siasatan.

"Jika betul ada berlaku, kita mesti ambil tindakan kerana ini satu masalah dan penyakit yang paling besar. Kerajaan tidak berkompromi dengan hal-hal yang berkaitan dengan rasuah," jelasnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menjelaskan langkah kerajaan membina Stesen Jana Kuasa Bebas (IPP) Ranhill Sabah Energy (RSE) 3 di Kimanis sebagai langkah untuk mengatasi isu bekalan elektrik di Sabah.

Menurutnya, sebelum RSE diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah kerajaan Persekutuan, pihaknya terlebih dahulu memberikan pandangan mengenai pelaksanaan projek itu, namun keputusan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga masih sama.

"Maka suka atau tidak suka, kita bersetuju dengan pelaksanaan RSE, tetapi kita akan pastikan bermula tahun hadapan, kerajaan negeri yang akan membuat keputusan terbaik berhubung bekalan elektrik di Sabah yang tidak membebankan rakyat.

"Saya faham dan setuju dengan saranan supaya kerajaan negeri berhati-hati dalam  perkara ini. Masalah utama kita di Sabah IPP dibina terlalu banyak dan kita yang menanggung walaupun kerajaan tidak mahu perkara ini," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik dalam mengatasi masalah bekalan elektrik termasuk menggunakan tenaga hidro atau sumber tenaga baharu yang lebih murah dan memberi kebaikan kepada pengguna di Sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.063672 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list