CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4003|Reply: 0

[Sabah] Penduduk perlu pertahan tanah kampung, jangan dijual kepada pihak luar

[Copy link]
Post time 28-11-2023 09:04 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Rukimin menyampaikan cenderahati kepada Jonathan (dua kiri) disaksikam jemputan lain.

RANAU: Penduduk di daerah ini terutama yang tinggal di perkampungan yang jauh dari pekan Ranau diingatkan agar terus mempertahankan tanah kampung mereka agar tidak dijual kepada pihak luar.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, penduduk perlu menjaga kawasan kampung disebabkan tanah adalah aset yang penting untuk keperluan pertanian dan ekonomi penduduk dalam kehidupan harian.

“Sekiranya tanah kampung dijual kepada pihak luar maka pada tiada lagi tanah yang boleh diduduki oleh generasi akan datang di masa hadapan.

“Perjuangan kita adalah untuk memajukan diri dan keluarga ke tahap lebih baik, pertahankan tanah kampung yang boleh meningkatkan tahap ekonomi.

“Kita juga perlu berterima kasih kepada pemimpin kampung sekarang dan terdahulu yang berjuang untuk rakyat dan mempertahankan tanah-tanah kampung yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Gunsapou di sini.

Jonathan berkata, sikap tamak tidak sepatutnya ada dalam kalangan penduduk sehinggakan semua tanah kampung dimanfaatkan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

“Kita hidup bermasyarakat harus ada toleransi dan kerjasama antara satu sama lain, sekiranya wujud sebarang pertikaian dalam kalangan penduduk, perlu ada perbincangan bagi menyelesaikannya.

“Jika tiada toleransi di antara penduduk ia hanya membawa perpecahan malah mungkin pihak lain yang akan mengambil kesempatan dari perbalahan yang berlaku,” katanya.

Tambahnya, pihak Pejabat Parlimen Ranau juga tidak akan memihak kepada mana-mana penduduk yang bertelagah sesama sendiri dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

“Sekiranya terdapat bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya perlanggaran undang-undang, mereka boleh membawa kes ke pihak berkenaan termasuk Mahkamah Anak Negeri tertakluk kepada jenis tuntutan.

“Penyelesaian terbaik adalah dengan berbincang secara diplomasi dan buat keputusan secara adil bagi semua pihak,” katanya.

Sementara itu, berkenaan jalan raya di kawasan itu, Jonathan memberitahu bahawa pihaknya sudah berbincang dengan pihak Ahli Parlimen Kota Marudu, Wetrom Bahanda untuk berusaha menaik taraf jalan sambungan Ranau-Kota Marudu kepada jalan berturap.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu sudah tentu akan memakan masa untuk direalisasikan.

Jonathan turut berharap agar dewan mini atau balai raya dapat dibina di kawasan ini pada tahun hadapan untuk pelbagai kegunaan penduduk kampung di sini.

“Terdapat 247 buah kampung di Ranau termasuk kira-kira 187 kampung berdaftar yang memerlukan pelbagai peruntukan pembangunan, kita akan mempertimbang pembahagian peruntukan terbaik untuk kepentingan rakyat.

“Di samping itu kami akan berusaha membawa wakil kementerian berkenaan untuk melihat mana-mana keperluan yang boleh dibantu di kawasan terlibat,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar penduduk terus memberikan sokongan terhadap program kerajaan bagi memastikan tiada rakyat tercicir seiring arus pembangunan kerajaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.065633 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list