CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6874|Reply: 34

[Tempatan] Gempar Bumi: Thailand Rancang Mahu ‘Potong’ Selat Melaka, Bakal Bina Terusan Suez Versi Thai

  [Copy link]
Post time 28-11-2023 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Thailand kini sedang merancang untuk membina pelabuhan dan jalan laut yang lebih pantas dengan ‘memotong’ Selat Melaka. Rancangan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada sektor ekonomi Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Menurut laporan media antarabangsa, difahamkan Thailand kini sedang dalam fasa perancangan untuk menjalankan projek terusan bernilai bilion dolar bagi mengurangkan masa penghantaran antara Lautan Hindi dan Pasifif dengan mengelak Selat Melaka.
Projek yang dianggarkan menelan belanja sekitar AS$28 bilion (RM130 bilion) akan memendekkan masa perjalanan kira-kira empat hari dan bakal mengurangkan kos penghantaran sebanyak 15 peratus.

Dalam salah satu temubual yang dilakukan oleh Harian Metro, Profesor Datuk Dr Alias Abdullah, Ketua Bahagian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Majlis Profesor Negara (MPN), berkata rancangan Thailand itu akan memberi kesan kepada sektor logistik tempatan dan pelabuhan utama di Malaysia

Beliau melihat jika Bangkon merealisasikan rancangan ini, ia akan memberi kesan besar kepada operasi Malaysia di Pelabuhan Klang, Kuantan, dan Tanjung Pelepas, dengan lebih sedikit kapal yang melalui Selat Melaka sebaik sahaja pelabuhan yang dirancang siap.


Disebabkan itu, beliau menyarankan kerajaan Malaysia membangunkan pelan jangka panjang untuk sektor logistik negara dan jika ia benar-benar dibangunkan, Malaysia perlu memanfaatkan pembaharuan ini, bukan sahaja dari sektor ekonomi, tetapi juga pelancongan.
Selain kerjasama yang baik dengan Thailand, Malaysia juga disarankan untuk menambah baik perkhidmatan pelabuhan, menawarkan sesuatu yang lebih kompetitif dan merancang pelan yang akan memberi pulangan yang bermanfaat.

Malaysia juga mewujudkan zon pertumbuhan ekonomi di antara negara-negara jiran bagi memastikan pelaburan dan faedah dapat dinikmati bersama.

Kementerian Ekonomi berkata bahawa satu kajian telah dijalankan bagi menilai bagaimana cadangan itu akan menjejaskan ekonomi negara. Sebarang keputusan hanya akan diputuskan selepas satu kajian penuh diperolehi.
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/11/1034208/rancangan-siam-potong-selat-melaka



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahh yeee je thailand ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah Singapore taw
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
So lepas ni semenanjung M'sia dah jadi ala ala kepulauan la ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek gajah putih?

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:57 PM | Show all posts
bukan ke diorang tak jadi nak buat terusan, nak develop port dekat sebelah andaman, kemudian naik freight train bawak ke port teluk siam.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
40 tahun dah aku duk dengar depa menyembang nak bypass potong segenting kra ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diteruskan,
Bakalan jadi perang
Selatan mesti tak mahu punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 01:16 AM | Show all posts
Waaa da dengar pasai nie sejak tahun 1984 lagi daa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Newspaper pun. Klu tak faham, jgn tulis. Yg kerajaan Thai nak buat tu namanya land bridge, bukannya canal. Land bridge ni dlm bentuk railroad & highway. Kapal dari east asia punggah barang kat teluk siam, then barang2 ni naik train atau lori pi hantar ke sebelah barat pelabuhan ranong. Kat sini barang2 tu loaded semula naik kapal pi belah barat. Vice versa.
In term of jimatkan masa, yes betul. Tapi kos tak murah. Hinterland cost ni lebih mahal dari maritime shipping.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 29-11-2023 01:52 AM

Maharaja Thai tak setuju la sebab wilayah2 Melayu yg bergolak tu akan senang sabotaj untuk merdeka.

Macam kes Crimea.. North Crimean Canal tu Russian conquer dah sekarang...masa 2014 Ukraine buat macam2 usaha untuk keringkan Canal tu sampai kering kawasan pertanian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 07:58 AM | Show all posts
Apoo replied at 29-11-2023 01:29 AM
Newspaper pun. Klu tak faham, jgn tulis. Yg kerajaan Thai nak buat tu namanya land bridge, bukannya  ...

ya btul yg ni..nmpk jimat..tp kos akan lg bertambah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 08:06 AM | Show all posts
lama dah dengar, tapi benda nie belum jadi kenyataan. cuma tak ingat penjelasan kenapa ia sukar dilaksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 08:28 AM | Show all posts
green~tea replied at 28-11-2023 10:08 PM
40 tahun dah aku duk dengar depa menyembang nak bypass potong segenting kra ni...

Kalau berdasarkan artikel baru dalam bahasa inggeris, plan baru bukan korek bumi jadi macam suez canal, tapi sekadar buat laluan darat. Jika nak buat mcm tu,cabaran besar adalah untuk bina 2 port besar yang boleh handle huge volume of kontena dan transport across each cost melalui jalan darat. Kalau proses nak unloading dan loading tu ambil masa lama, ia akan mendedahkan shipping company kepada delay,baik pakai selat melaka aje.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berita buruk macam ni, tiba2 ada 1000 alasan kenapa Anwar tidak terlibat wakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 09:10 AM | Show all posts
buat je lah, knp masih tak jalan pun, sembang2 dari dulu2 lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 29-11-2023 09:05 AM
Kalau berita buruk macam ni, tiba2 ada 1000 alasan kenapa Anwar tidak terlibat wakakakakaka {:8_651: ...

La, decision kerajaan Thai utk buat project dlm negara dia. Sbb apa PMX nak terlibat? Come on la. Jadi la pembangkang yg bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 29-11-2023 09:18 AM
La, decision kerajaan Thai utk buat project dlm negara dia. Sbb apa PMX nak terlibat? Come on la.  ...

Kahkahkahkah

Ko tak faham sindiran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 29-11-2023 09:20 AM
Kahkahkahkah

Ko tak faham sindiran.

Sarcasm level rendah mmg boleh confusekan org.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 09:48 AM | Show all posts
Bior jer lar deme nak majukan ekonomi deme. Lagipon komer Malaysia pon berbondong2 gi Hatnyai tue makan belanja kat Makro, Tesco Lotus deme bagai pegi lar tolong deme lagi biar Malaysia neh sendu mati segan hidup tak mau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.073320 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list