CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1904|Reply: 0

[Kedah] Aniq nampak santai tapi 'riuh'

[Copy link]
Post time 28-11-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Aniq nampak santai tapi 'riuh'


Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]



MOHD Redzuan tidak sangka video Aniq dapat perhatian netizen di TikTok.




Yan: Keletah Muhamad Aniq Mohd Redzuan yang baharu berusia dua tahun tiga bulan dengan pelbagai ragam dan mimik muka bersahaja ketika melayan usikan serta soalan bapanya di TikTok mencuit hati netizen di media sosial itu.

Video anak bongsu daripada empat beradik yang turut digelar kembar teddy bear atau patung beruang kerana kecomelannya sentiasa mendapat perhatian, malah berjaya mengumpul peminat di TikTok.

Antara video Muhamad Aniq atau mesra disapa Aniq mencuri perhatian ialah ketika meminta bapanya Mohd Redzuan Zainol, 38, diam dalam nada lembut, meragam sambil menangis dan healing di padang.

Mohd Redzuan berkata, Muhamad Aniq mempunyai mimik muka bersahaja sama ada di dalam dan luar rakaman video, namun tidak menyangka ia akan menarik perhatian netizen.

Menurutnya, biarpun nampak bersahaja tetapi Aniq seorang yang riuh dan banyak berceloteh terutama mengenai perkara digemarinya seperti permainan dan rancangan kartun.

"Saya memang suka merakam video keletah anak ketika kecil bermula anak sulung untuk kenangan keluarga dan tak sangka video Aniq yang dikongsikan di TikTok mendapat perhatian, malah ada juga yang menunggu video barunya.

"Kebanyakan orang cakap, mereka suka Aniq sebab badannya yang montel selain keletahnya yang bersahaja. Sejak dahulu lagi kalau berada di luar, Aniq selalu menjadi perhatian (kerana kecomelan dan kemontelannya).

"Sekarang apabila sudah dikenali di TikTok, lebih ramai yang mahu bergambar dengannya dan menerima banyak hadiah, malah ada seorang individu sanggup menunggu kami dua jam di hotel ketika di Sepang untuk serah hadiah," katanya.

Katanya, Muhammad Aniq mula bercakap ketika berusia setahun tujuh bulan dengan beberapa perkataan asas dan tidak pelat.

"Aniq memang riuh walaupun nampak dia 'santai' saja. Kalau di rumah dia suka bercakap mengenai perkara diminati dan kami pula memang melayan anak berbual serta saya pula suka mengusik dia sehingga sampai satu tahap dia minta saya diam.

"Dia cakap begitu mungkin mendengar perbualan kami namun kami pantau juga percakapan dia supaya tidak bercakap ayat tidak 'manis'," katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Redzuan berkata, biarpun badan anak 'comel' dengan berat 24 kilogram (kg) namun kanak-kanak itu tiada masalah obesiti setakat ini, malah dia dan isteri, Noorul Umairah Md Zaki, 32, mengawal pemakanannya.

"Badan Aniq memang montel dan 'hantap' (tegap), malah saya akui dia suka makan dan kuat minum susu (formula) tetapi kami kawal pemakanan termasuk kurang beri jajan.

"Makanan kegemaran Aniq nasi putih dan telur rebus putih, malah dia boleh makan 10 telur sehari.

"Ramai sangka dia sudah berusia hampir tiga tahun kerana fizikalnya dan dia juga agak tinggi," katanya yang menetap di Batu 18, Guar Chempedak di sini.



Disiarkan pada: November 28, 2023 @ 7:07am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.209877 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list