CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 0

[Sabah] Ibu melecur, anak sesak nafas dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 27-11-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat.

KOTA BELUD: Seorang wanita melecur manakala anaknya sesak nafas selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Pangkalan Abai, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 29 tahun melecur di bahagian badan, manakala anak lelakinya berusia tiga tahun separa sedar akibat terhidu asap dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Belud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.58 pagi.

Katanya, seramai 12 anggota serta pegawai dari BBP Kota Belud bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis kekal sudah terbakar 30 peratus di bahagian bilik.

“Bagaimanapun, kebakaran dipadam oleh orang awam yang berada di lokasi sebelum jentera tiba,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada keberbahayaan lain dan mengambil maklumat di lokasi.

“Terdapat dua mangsa cedera melecur dan sesak nafas akibat terhidu asap dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan awal.

“Operasi terkawal pada jam 11.37 pagi dan ditamatkan 13 minit kemudian. Pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca serta kerugian mangsa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.390301 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list