CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1773|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam fenomena bahaya, ekstrem - Mufti

[Copy link]
Post time 26-11-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Wan Salim Wan Mohd Noor.

Georgetown: Orang awam tiada hak menentukan status akidah seseorang sama ada kafir atau Muslim memandangkan perkara berkenaan hanya boleh diputuskan pemerintah atau Mahkamah Syariah kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurutnya, masyarakat perlu diberi kefahaman bahawa perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sedangkan orang dituduh bukanlah individu sedemikian maka kekufuran itu akan kembali kepada pihak yang menuduh.

"Pemikiran takfiril muslimin atau mengkafirkan sesama umat Islam adalah fenomena serius dan berbahaya namun amat dikesalkan kerana ia kian tersebar dalam kalangan umat Islam masa kini.

"Para ulama sudah bersepakat memutuskan bahawa tiada mana-mana orang yang berhak mengkafirkan seorang Muslim meskipun dia didapati melakukan apa-apa perbuatan maksiat.



"Masyarakat perlu tahu bahawa berdasarkan hadis Nabi, seseorang yang sudah mengucap dua kalimah syahadah maka dia tidak harus dikafirkan dan haram dicerobohi pada darah (nyawa), harta dan kehormatannya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mengenai bahaya budaya kafir-mengkafir sesama Islam yang ciri-cirinya sudah mula menusuk di negara ini.

Beliau berkata, jika perkara itu diizinkan terus berlaku, ia bukan saja membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam, malah akan memberi kesan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

Wan Salim berpandangan, peringatan yang diberi oleh Perdana Menteri adalah wajar dan seharusnya disokong dengan semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab memberi kesedaran kepada masyarakat awam supaya menghindari sikap ekstrem tersebut.

"Pihak media mesti bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam sederhana (wasatiyah) di negara ini.

"Saya menasihati seluruh umat Islam supaya sentiasa merujuk kepada pihak-pihak berautoriti dalam hal penting dalam agama," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahaya-ekstrem-mufti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.148971 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list