CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3735|Reply: 6

[Politik] Kementerian Pelajaran diminta pantau kakitangan tak sokong Kerajaan Perpaduan

  [Copy link]
Post time 26-11-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 26-11-2023 07:50 PM


PUTRAJAYA: Seorang perwakilan Kongres Nasional Nasional Tahunan Keadilan 2023 hari ini meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatankuasa pemerhati untuk memantau kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.

Perwakilan Johor, Haryati Abu Nasir yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Kluang ketika membahaskan ucapan dasar presiden, berkata situasi itu dilihat kian membimbangkan, sekali gus langkah segera perlu diambil.

"Kami mohon Kementerian Pendidikan, mungkin baik andainya diwujudkan jawatankuasa pemerhati kerana ada fenomena dalam kalangan kakitangan yang membimbangkan yang tidak menyebelahi Kerajaan Perpaduan," katanya.

Ditemui pemberita kemudian, Haryati menjelaskan, ia hanyalah cadangan daripada PKR Johor kerana wujud kebimbangan ada dalam kalangan penjawat awam menentang Kerajaan MADANI.


"Jawatankuasa yang dicadangkan adalah untuk memantau dan mengenal pasti isu yang menyebabkan kumpulan itu menentang kerajaan. Ia untuk memerhati, membendung dan mengkaji, mungkin ada benda-benda yang boleh diperbetulkan, ditambah baik.

"Maksudnya secara keseluruhan kerana sebenarnya, kakitangan awam masih ada belum menyokong (Kerajaan Perpaduan). Kalau boleh, kita mahu mereka beri sokongan sewajarnya sebab mereka penjawat awam, sepatutnya kenalah sokong," katanya.

​Dalam ucapannya juga, beliau turut membangkitkan isu mengenai sesetengah pegawai kepada menteri yang dilihat 'lebih sibuk' berbanding menteri yang diakui berjaya melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

"Apa yang dikesali, ramai akar umbi mengadu dan mendakwa pegawai kepada menteri 'lebih sibuk' daripada menteri," katanya turut memaklumkan, PKR masih terpinggir di Johor walaupun wujud kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri.

Haryaty berkata, pihaknya sedar PKR hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, yang menyebabkan suara parti diketepikan, namun ia menyumbang tujuh kerusi Parlimen di peringkat Persekutuan.

"Tampuk kepimpinan diterajui insan hebat, Perdana Menteri kita (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tapi kami di akar umbi masih tercari-cari kemanisannya.

"Semoga ada sinar dengan usaha di peringkat tertinggi untuk mengangkat suara kami dan bawa naratif perjuangan jelas di wilayah Selatan. Semoga Johor tetap menjadi kubu terkuat mendepani asakan musuh kita, Perikatan Nasional (PN)," katanya.

​Sementara itu, perwakilan Pahang, Mohd Rafly Mohd Satar pula meminta PKR mengorak langkah pantas dan mempunyai cita-cita menjadi parti dominan dalam kerajaan pada masa akan datang.

"Kita perlu berfikir secara besar, perlu ada cita-cita untuk menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran negara pada masa akan datang. Kita mesti mengorak langkah dengan pantas dalam memastikan parti kita dapat terus menarik minat dan sokongan semua rakyat terutama penduuk kampung dan pedalaman," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1181815/kpm-diminta-pantau-kakitangan-tak-sokong-kerajaan-perpaduan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 03:12 PM | Show all posts
North Korea style..??? Kalau camtu better tak payah buat PRU/PRN lagi pasni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 04:19 PM | Show all posts
siapa xsokong kerajaan perpaduan xdpt bones??
nak bones kne sokong kerajaan buat akujanji?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowwwww mana kebebasan memilih semasa jadi pembakang? Saya ulammmm

Ehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh.. kepiggyan apakah ini?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts

"Kami mohon Kementerian Pendidikan, mungkin baik andainya diwujudkan jawatankuasa pemerhati kerana ada fenomena dalam kalangan kakitangan yang membimbangkan yang tidak menyebelahi Kerajaan Perpaduan," katanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pun menumpang ihsan dapig umngok lagi mau besar kapla ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064122 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list