CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 2

[Politik] Dengan menjadikan slogan Revolusi Perancis ‘liberté, égalité, fraternité’ sebagai contoh, kerajaan perpaduan tidak gopoh laksana agenda reformasi - Anwar

  [Copy link]
Post time 26-11-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 26-11-2023 01:47 PM


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan tergopoh-gopoh dalam melaksanakan agenda reformasi yang telah dijanjikan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, pendekatan yang dilakukan oleh pentadbiran kini diambil daripada sejarah dunia yang lalu.

“Walaupun ada golongan elit liberal yang mengatakan kita perlahan dalam program reform, tetapi percayalah belajar daripada pengalaman lalu.

“Kalau kita gopoh, baik dalam soal pelaksanaan Islam atau agenda reformasi, kita akan ditolak rakyat. Pengalaman lalu, mesti mengajar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Sebelum ini, terhadap beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik, aktivis dan pemerhati politik mendapat Kerajaan Perpaduan perlahan dalam melaksanakan janji reformasi yang pernah dibuat oleh Pakatan Harapan (PH).

Anwar yang juga Presiden parti itu turut menyentuh mengenai Revolusi Perancis yang berhadapan dengan masalah susulan wujud golongan menuntut perubahan segera.

Menurutnya, slogan ‘liberté, égalité, fraternité’ yang diperkenalkan sewaktu revolusi berkenaan begitu menarik.

“Bagaimanapun, telah muncul kelompok elit Jacobin yang taasub dengan ideologi itu telah secara gopoh mengambil tindakan rakus untuk menterjemah cita-cita mereka dan mengetepikan masalah rakyat.

“Keghairahan dalam segelintir elit menuntut perubahan segera mengakibatkan Robispierre turut diguling dan dipancung.

“Malah terdapat kajian saya baca, memperlihatkan keadaan petani di Perancis lebih parah daripada sebelum revolusi. Ini bermakna 10 tahun selepas revolusi, nasib mereka (petani) jauh lebih parah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui bahawa kerajaan berhadapan kesukaran untuk mengekalkan kestabilan sewaktu ia baharu ditubuhkan.

Beliau berkata, walaupun ada yang sangsi terhadap keupayaan kerajaan bertahan, namun kesetiaan rakan-rakan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan jelas terbukti.

“Kini satu tahun berlalu. Dengan pengalaman kerajaan terumbang-ambing pada tahun-tahun kebelangan dan percubaan ‘tebuk atap’ berterusan.

“Mereka (rakan-rakan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan) menolak tegas segala percubaan Perikatan Nasional (PN) meruntuhkan kerajaan.

“Tumpuan utama kita adalah untuk memulihkan ekonomi melalui tatakelola yang baik dan dasar ekonomi meyakinkan,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/636572/berita/politik/tidak-gopoh-laksana-agenda-reformasi---anwar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la tu.  Tetiba nk samakan dgn revolusi Perancis. Sembang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 03:02 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-11-2023 04:01 PM

Jika nak samakan dengan revolusi Perancis... maka musnahkan terlebih dahulu lembaga raja-raja melayu itu sebagai langkah awal menghilangkan feudalism di Malaysia ....

Setelah melakukan pemusnahan semua raja-raja melayu tersebut maka prinsip Revolusi Perancis ‘liberté, égalité, fraternité’ boleh dilaksanakan dan diterapkan  dengan suksses di Malaysia   ..... Hehehehe


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.100661 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list