CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1085|Reply: 1

TPM lawat Sarawak - kaitan PR DUN Sarawak?

 Close [Copy link]
Post time 18-2-2011 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Daripada kelmarin berita esp. TV3 suku & adik-beradiknya ada highlight pasal lawatan TPM ke Sarawak..bla..bla..peruntukan sekolah kat pedalaman..bla..pemberian dana..bla..SK Ulu Lubai..Sekolah Berprestasi Tinggi and etc.

Pd pndpat aku, ni mesti nak ambil hati org2 Sarawak sempena pembubaran DUN Sarawak yg dijangka pada bulan Mac dan Pilihanraya DUN Sarawak..tetiba kat Sarawak dah meriah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2011 04:23 PM | Show all posts
LIMBANG – Kehadiran orang nombor dua negara di Pasar Limbang hari ini pastinya menjadi kenangan yang paling manis kepada rakyat di utara Sarawak yang sememangnya rindukan kunjungan pemimpin negara.

Kira-kira 2,000 rakyat bukan sahaja berkesempatan untuk bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malah turut bersama-sama bersarapan di Pasar Tamu Besar Limbang di sini.

Muhyiddin sempat meluangkan masa selama 50 minit untuk beramah mesra dengan penduduk sekitar bandar Limbang bermula jam 8.30 pagi ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mengiringi Muhyiddin dalam lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula semalam itu.

Muhyiddin turut mengambil kesempatan membeli sayur midin iaitu antara sayur hutan yang popular di Sarawak.

Beliau turut melawat tapak program hari bertemu pelanggan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di tebingan Sungai Limbang.

Selepas itu beliau berangkat ke Lawas menggunakan helikopter untuk menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Stadium Tertutup Lawas sebelum membuat tinjauan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas pada sebelah tengah hari dan kemudian ke Sekolah Kebangsaan Awat-Awat Lawas.

Semalam Muhyiddin telah merasmikan upacara pecah tanah pusat kebudayaan Bisaya di Batu Danau dan pada sebelah malam telah menghadiri majlis makan malam pemimpin bersama rakyat di Dewan Suarah Limbang.

sumber : http://sarawakupdate.com/home/berita/tpm-dekati-rakyat-limbang/

Org komen kat bawah artikel ni :

Suara Sumbang
26/12/2010 - 5:37 am

dah la muhyiddin.. rakyat dah sedar tipu helah Be End.. dkt PRU je mula la tunjuk muka…beri peruntukkan.. mula lah tunjuk baik.. dah menang lupa…mula lah tambah harta sendiri dan kroni.. aku berasal dari LImbang dan aku akan pastikan rakyat Limbang sedar dan tahu semua keburukan Be End…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066814 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list