View: 4223|Reply: 12
|
[Politik]
In denial? Prestasi setahun Anwar lebih baik berbanding 3 PM terdahulu' - kata Rafizi menolak dakwaan prestasi Anwar merosot
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 25-11-2023 06:33 PM
PUTRAJAYA: Laporan kaji selidik Merdeka Center yang menunjukkan prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menurun sejak setahun menerajui kerajaan, sebenarnya masih lebih baik berbanding tiga Perdana Menteri (PM) terdahulu.
Demikian rumusan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sambil menegaskan menjadi kelaziman bagi mana-mana kepimpinan, prestasinya akan dilihat menurun sebaik memasuki fasa pertengahan penggal pentadbiran.
"olanya sama, bermula dengan sokongan tinggi, kemudian secara mendadak dalam tempoh enam bulan, setahun.. ia menurun. Jadi ini bukan perkara asing. Sebab itu, laporan ini perlu dibaca dan difahami dalam konteks yang betul.
"Tapi untuk menilai suasana sebenar, kita perlu membandingkan pola sokongan itu dengan Perdana Menteri lain sebelum ini. Kita ada tiga selepas (Datuk Seri) Najib (Razak), Tun Dr Mahathir (Mohamad), Tan Sri Muhyiddin (Yasin) dan (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob).
"ada bacaan saya, melihat dapatan Merdeka Centre itu, sebenarnya 'approval rating' ini lebih baik dari Perdana Menteri sebelum ini iaitu selepas setahun dia jadi Perdana Menteri, tapi ini tak dibaca oleh orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan di sini hari ini.
Turut sama hadir Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim dan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata PKR juga mengadakan tinjauan bagi melihat prestasi Perdana Menteri dan kerajaan dipimpinnya, yang menunjukkan dapatan prestasi sebenarnya adalah status quo atau kekal.
"Keadaan sekarang, populariti itu memang tinggi semasa ambil alih (kerajaan) dan dia kekal tinggi sehinggalah sekitar Mei (menurun) akibat daripada kejatuhan mata wang. Kemudian dia rendah sedikit sehingga dia masuk Julai dan Ogos.
"Apabila kerajaan mula lancar kertas dasar bermula dengan Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), September pula dilancar KSP (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12), angka September dan Oktober menunjukkan peningkatan mendadak.
"Cuma dari September, Oktober dan November peningkatannya agak mendatar. Berdasarkan tinjauan inilah, yang membimbing PKR sehingga kami membentuk kerajaan sekarang dan ia menunjukkan keadaaanya adalah status quo," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, penilaian prestasi Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Anwar merosot pada 41 peratus pada Oktober lalu, berdasarkan laporan kaji selidik Merdeka Center.
Bagaimanapun, peratusan tersebut dilihat tinggi berbanding prestasi pentadbiran lalu membabitkan kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Dr Mahathir pada 2018.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1181382/prestasi-setahun-anwar-lebih-baik-berbanding-3-pm-terdahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-11-2023 03:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
So prestasi rapiji macamana pulak… |
|
|
|
|
|
|
|
Saye purcaya Piji
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau piji cakap semua benar sebab dia dah buat kira kira formula...
|
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 25-11-2023 03:53 PM
So prestasi rapiji macamana pulak…
Menteli terbaik weiiii.. mcm mcm formula ade..
Formula one
So far mmg menteli plg hebat |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 25-11-2023 04:51 PM
Kalau piji cakap semua benar sebab dia dah buat kira kira formula...
Budak mckkk mmg bijak . Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah x percaya smpi kiamat dgn org yg bernama rafizi ramli ni lg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rafizi ni takde turun padang masuk kampung ke. Asyik bagi talk, masuk hotel, masuk dewan itu ini. Jijik nak campur dengan orang luar bandar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun tmbh hutang 200biliyoooooooon memang la champion!!! Madey tambah 200bil pun selepas 22bln. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 25-11-2023 09:04 PM
Rafizi ni takde turun padang masuk kampung ke. Asyik bagi talk, masuk hotel, masuk dewan itu ini. Ji ...
Takut kena ludah dgn orang kampung kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Rm dah pulih ka?
Formula apa lagi yg dipakai ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Rafizi tu ok ke tak ?
Prestasi apa yg cmerlang ???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|