CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1000|Reply: 3

[Politik] Oh I see, sebab prestasi kerajaan madani merosot ka?! ‘Laporan kaji selidik Merdeka Center tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia’

  [Copy link]
Post time 25-11-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 25-11-2023 12:22 PM


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan kaji selidik oleh Merdeka Center tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, keputusan diperoleh hanya dibuat berdasarkan pandangan daripada 1,200 responden.

“Kita dengar pandangan itu tapi kita kena (sepatutnya) cuba menyantuni yang 32 juta (keseluruhan rakyat Malaysia) oranglah,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan, Presint 11, di sini, hari ini.

Sebelum ini, laporan kaji selidik Merdeka Center mendedahkan prestasi Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Anwar merosot pada 41 peratus pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, peratusan tersebut dilihat tinggi berbanding prestasi pentadbiran lalu melibatkan kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018.

Dapatan hasil kaji selidik tersebut mendapati peratusan prestasi kerajaan PN-BN mencecah 31 peratus, manakala pentadbiran PH dulu pada 30 peratus.

Dalam perkembangan sama, kaji selidik Merdeka Center itu turut mendedahkan 77.8 peratus responden berpandangan bahawa kebimbangan ekonomi merupakan masalah utama yang dihadapi oleh negara.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengesahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini sudah pulang ke rumah dan sedang berehat selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Dia (Ahmad Zahid) di rumah sekarang,” jawabnya ringkas selepas ditanya wartawan sama ada beliau merancang untuk menziarahi Ahmad Zahid dalam masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan, Ahmad Zahid Hamidi kini dalam fasa berehat sepertimana dinasihatkan doktor selepas dilaporkan menjalani satu prosedur pembedahan pada 16 November lalu. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/laporan-kaji-selidik-merdeka-center-tidak-wakili-suara-rakyat-seluruhnya/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Perdana Menteri berkata, keputusan diperoleh hanya dibuat berdasarkan pandangan daripada 1,200 responden...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
PRU lps pun bkn 32j org sokong papanon
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng pemakan babi je yg byk sokong bapok tua ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062293 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list