CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5033|Reply: 66

[Tempatan] Rakyat lebih gemar melancong di luar negara, lokasi pelancongan Malaysia di takuk lama tiada keunikan?

  [Copy link]
Post time 25-11-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 26-11-2023 02:02 AM

PULAU Langkawi sepi tanpa pelancong? Berita mengenai pulau peranginan itu kerap muncul dalam media sosial sejak akhir-akhir ini.

Bukan hanya cakap-cakap mulut, terdapat gambar Pantai Cenang, salah satu lokasi menarik di Langkawi yang sebelum ini meriah, kini lengang tanpa kehadiran pe­ngunjung dimuat naik dalam media sosial.

Entah di mana silapnya sehingga situasi itu berlaku. Ada yang mengaitkan perkara itu dengan sikap rakyat Malaysia yang ketika ini cenderung memi­lih untuk bercuti di luar negara.

Isu tersebut seterusnya menjadi perdebatan hangat selain ada yang mula menyenaraikan sebab-sebab mereka memilih luar negara berbanding percutian dalam Malaysia.

Bagi mereka, kos perbelanjaan terutama bercuti di selatan Thailand le­bih murah.

Misalnya, hotel empat bintang di Hatyai boleh didapati pada harga RM300 hingga RM400 semalam berbanding RM500 hingga RM800 di Malaysia.

Selain itu, ramai yang berpandangan kurangnya promosi dan pendedahan antara punca sektor pelancongan dalam negara agak ketinggalan.

Faktor-faktor itu yang mendorong orang Malaysia memilih negara luar ketika ini.

Menurut Pensyarah Jabatan Rekreasi dan Ekopelancongan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Siti Suriawati Isa, situasi itu berlaku apabila pemain industri luar negara dilihat menawarkan produk mereka pada harga mampu milik.

Pada masa sama, mutu perkhidmatan yang ditawarkan pemain industri di Thailand biasanya lebih baik, walaupun ramai mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris,” ujarnya.

Selain itu, jelasnya, tiada identiti dan suka meniru juga antara produk pelancongan negara masih berada di takuk sama.

Ada segelintir pemain industri tempatan suka meniru produk luar dan tidak menonjolkan keistimewaan kepada pasaran.

“Sebagai contoh, kita lihat trend mural atau lukisan besar 3D pada dinding. Pada awalnya mungkin menarik perhatian pelancong, tetapi lama-kelamaan keindahan itu ‘mati’ kerana tidak dijaga dengan baik,” katanya.

Siti Suriawati menambah, si­tuasi itu dibimbangi mampu memberi impak negatif terhadap industri pelancongan tanah air untuk jangka masa panjang.


https://www.kosmo.com.my/2023/11/25/jangan-biar-industri-pelancongan-kita-mati/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi hatyai, Bandung, Vietnam je...kalau gi Europe, USA, Paris etc etc Tu..set set t20
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk pegi mndi pntai telok khemah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 01:16 PM | Show all posts
ye betoi.....kalau visit 10thn dulu, cantik baru, la ni tetap benda yang sama tapi buruk dan lusuh.....tempat2 peranginan malaysia ni kebanyakannya tidak menumpukan isu membaikpulih dan maintenance.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Main beach tarikan utama patut nye jangan block dengan bricks dan bangunan kedai. Kalau pergi mana2 main beach kita nye view direct terus laut, tapi Cenang beach pun semua kena block dengan batu dan jalan. Mana tak flop.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 01:56 PM | Show all posts
slavehunter replied at 25-11-2023 01:23 PM
Main beach tarikan utama patut nye jangan block dengan bricks dan bangunan kedai. Kalau pergi mana2  ...

pantai patong kat phuket tu pown byak kena blocked ngan bangunan.. dari jalan besar mane nk nmpak pantai.. dah la patong tu busuk plak tu.. bau cam longkang...actually sbnarnya pulau2 kat malaysia cam langkawi, redang, tioman, perhentian masih kurang dikenali oleh penduduk dunia.. cuberla korg bile travel ke oversea tanya local2 kat ctu, prnah dgar x pasal langkawi, etc.. confirm dorg x prnah dgar... so marketing and publicity pasal attraction kat malaysia ni masih kurang...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia ni dah pergi sekali x kan pergi berkali2 baik pergi tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg kerajaan Madani buat dalam setahun ni? Main lato lato sendiri ke? Dah ada kuasa tu buat la sesuatu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 25-11-2023 01:56 PM
pantai patong kat phuket tu pown byak kena blocked ngan bangunan.. dari jalan besar mane nk nmpak  ...

Patong tu bangunan dan hotels and kedai belah kanan, pedestrian dan orang Thai duduk minum2 beer bottle tepi pandai still boleh access direct boleh nampak view laut, kalau pergi hujung patong beach belah atas bukit hotel dan resort tu i pernah duduk Amari Phuket terus direct terjun ke laut bahagian hujung tu dah kira macam private beach khas untuk guest. Ada jer lagi can access direct beach and view.

Cenang pula you nak masuk main beach kena lalu selit kedai2, just a road facing kedai opposite. Thats what i meant. The attraction zaman backpackers Langkawi dah berlalu where you see just a stall and sandy bare foot pario+bikini dah berlalu.
No raw attraction.
Zaman dulu ada flight direct London-Langkawi, Frankfurt-Langkawi terus, siap mat saleh sambung ambik boat ke Satun-Koh Lipe. Those were the days.

Zaman now is business-infiltrate. Most likely China own.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 25-11-2023 02:37 PM
ardent91 replied at 25-11-2023 01:56 PM
pantai patong kat phuket tu pown byak kena blocked ngan bangunan.. dari jalan besar mane nk nmpak  ...


Dik you lahir zaman bila ni? Orang overseas tak tahu Langkawi? Dik zaman 2000+ ada direct flight Europe-Langkawi terus dik.  

Dorang ada yang backpack, lepas pergi Langkawi cop passport kat Penang ambik Thai visa, pestu ambik boat sambung ke Thailand pula. Tula route nye dulu. Ada yang siap rent rumah dorang kat UK, pestu duit sewa tu support life mereka kat Langkawi for 3-6 months hari2 sun,sea,beach,tiger beer. Tula zaman Langkawi dulu. Raw attraction that has been missing.

Pakcik2 melayu rambut putih zaman tu pun ramai minum beer sorok2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 02:38 PM | Show all posts
ardent91 replied at 25-11-2023 01:56 PM
pantai patong kat phuket tu pown byak kena blocked ngan bangunan.. dari jalan besar mane nk nmpak  ...

kalau ko tanya aku personally kenapa perlancongan malaysia hambar walaupon nilai ringgit supposely quite a catch utk foreigners. 1) takda element "fun" . nak selling kos melancong rendah, negara sekitar sea semua kos melancong fight2 rendahnya kecuali singapore. even singapore pon industry perlancongan dia letops cuz singapore selling fun & happening pada tourist dia walaupon serba serbi mahal. malaysia nak buat camtu, kompom lobai pas berdemo dan bantah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg best kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 04:29 PM | Show all posts
Melancong ke negara luar tanpa sebarang urusan penting bukannya keperluan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 06:16 PM | Show all posts
Edited by ardent91 at 25-11-2023 06:17 PM
slavehunter replied at 25-11-2023 02:32 PM
Dik you lahir zaman bila ni? Orang overseas tak tahu Langkawi? Dik zaman 2000+ ada direct flight E ...

aku dah wujud waktu jaman2 MAS ade wat flight London ke Langkawi tu.. tp tu x bermaksud yg ramai foreigner kenal Langkawi.. that route not profitable pown and u should know yg flight tu diwujudkan atas arahan politik... bukannyer sbb ada demand yg tinggi pown..and im not talking only bout langkawi, mmg other places in malaysia x terkenal sgat di kalangan foreigner COMPARING to Thailand and Indonesia.. Indonesia tu plak most foreigner kenal Bali jer.. Jakarta, Surabaya, Medan bagai tu mana fofular di kalangan foreigner #FACT

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu memang susah nak appreciate apa yang ada dalam etnik diorang dan sekeliling mereka, sebab tu Melayu tak influential di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 25-11-2023 06:16 PM
aku dah wujud waktu jaman2 MAS ade wat flight London ke Langkawi tu.. tp tu x bermaksud yg ramai fo ...


Bali dan Jawa tu terkenal sebagai Mystical / Mysterious Islands.

Kalau dah kuat pengaruh Islam dah kurang mistik nye contoh Sunda, Madura kurang popular berbanding Jawa Tengah, Jawa Timur dan Bali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengusaha@tauke pelancongan Msia sendiri pung...pi melancong ke luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 25-11-2023 06:16 PM
aku dah wujud waktu jaman2 MAS ade wat flight London ke Langkawi tu.. tp tu x bermaksud yg ramai fo ...

Flight Europe-Lgk tu as an additional flight. Bukan main flight pun.....semua main flight dari Eu landing kat Klia atau connecting code share dengan other Airlines, pestu baru dari Klia-Lgk tu baru kira main kalau nak consider as profitable. Those direct flight and charter consider as an additional. Maksud additional disini sebab those yang naik ikut landing ke Klia tu penuh la. Kul-Lgk sentiasa penuh not just white caucasian but Arabs, asian yang lain juga.
I even met people from Italy, South African semasa di Langkawi juga, kalau nak kata Lgk tu tak famous sekarang la, but before foreigners semua tahu Langkawi.

Pulau Redang dan Perhentian pun ramai jer foreigners tahu yang nak diving , tapi tidak la famous sangat macam others diving spot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 07:38 PM | Show all posts
sekali lagi iols kepo .... kalu nak sgt negara Islam,  toksa la jeles pasal duniawi termasuk bidang makan angin

pelancong omputih mostly bebird jauh lagi gatal mengalah mat rempit weols ...  dlm otak omputih, melancong mean nak keluar melepas nafsu

xde night kelab,  xde pantai bikini,  xde amoi,  xde konsert,  xde arak, xde hisap, xde LGBT,  xde pondan,  xde VCD lucah   .... caner orang nak datang again and again,  cukup jelah sekali

dorang mana mengerti kebenaran potong bebird masuk Islam akan dapat 72 bidadari dan lautan arak kat sorga ....  nak apa pon boleh dapat kat sorga ... adakah including LGBT, dadah, penari tiang utk kaum Adam dan barangan jenama atau tempat shopping spt karnival besar dan hypermarket utk muslimah  ....  yg tu iols tak tahu la,  kene tanya Ustaz ...

.... pasal byk yg ckp kalu sampai sorga apa yg ko nak,  pon boleh dapat

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 25-11-2023 07:53 PM

Merepek lah.. selang seli lah.. kita pun suka melancong dalam negara.... mcm luar negara tu dalam 4-6 kali setahun, most of the time JJCM everymonth dalam negara... ganu, kelate, ipoh, melaka, johor, genting..

Im not really into island and beach holiday, sbb dah almost selang seminggu lepak beach resort sendiri.. hahahah  tuntutan kerja/ bisnes.. maybe sbb tu jadi rasa biasa2 je kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.096820 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list