CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2784|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan beri RM2,000 kepada penjawat awam negeri

[Copy link]
Post time 24-11-2023 06:17 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri Sabah, termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ketika mengumumkannya berkata ia akan dibayar dua kali, iaitu RM1,000 dibayar pada bulan Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Aidilfitri 2024.

"Saya berharap insentif ini memberi suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk terus bersemangat dan berusaha  lebih gigih lagi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat," katanya.

Membentangkan Belanjawan Sabah 2024 di DUN Sabah semalam, beliau berkata kerajaan amat menghargai komitmen dan usaha penjawat awam dalam menggalas tugas diamanahkan.

Katanya, perkhidmatan awam merupakan tunjang utama dalam jentera pentadbira negeri.

Untuk itu, katanya, kerajaan komited bagi memantap dan membudayakan integriti di kalangan anggota perkhidmatan awam negeri secara menyeluruh.

Menurutnya, peruntukan telah disalurkan kepada Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGONS) di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaras program pembudayaan integriti dan anti rasuah demi kecemerlangan sistem pentadbiran negeri.

Selain itu, peruntukan juga disediakan kepada semua Kementerian dan Jabatan di bawah perbelanjaan mengurus bagi memastikan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Masidi berkata kerajaan  juga memperuntukkan sebanyak RM25.06 juta untuk menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan, kepakaran dan kemahiran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052818 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list