CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2699|Reply: 12

[Politik] Kuasa Melayu berisiko hilang, DAP akan ada kelebihan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya

[Copy link]
Post time 24-11-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan Melayu akan kehilangan kuasa selama-lamanya sekiranya persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan di bawah Pakatan Harapan (PH).

Malah beliau menjangkakan DAP selaku satu daripada komponen di bawah Kerajaan Perpaduan diterajui PH akan memiliki kelebihan terutama dalam menambah bilangan kerusi yang dikuasai sekiranya langkah itu dilaksanakan.

"Ahli Parlimen DAP telah bercakap dengan lantang di Dewan Rakyat baru-baru ini tentang perlunya proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan, terutamanya untuk menambah kerusi-kerusi Parlimen di kawasan bandar.

"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ramkarpal Singh) telah mengesahkan bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya telah dimulakan bagi negeri Sarawak pada tahun ini, Sabah pada 2025 dan Semenanjung Malaysia pada 2026.

"Saya jangkakan kerusi DAP akan bertambah sekali ganda jika proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan oleh kerajaan PH," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menjangkakan kerusi dimiliki DAP akan bertambah menjadi 80 berbanding 40 yang dimiliki kini sekiranya persempadanan semula itu berlaku.

"Ini tidak termasuk 'gerrymandering' yang akan dibuat di kawasan-kawasan Parlimen sedia ada untuk memberi kelebihan kepada parti DAP dan rakan-rakan sekutunya di dalam PH," katanya.

Gerrymandering bermaksud persempadanan semula kawasan atau daerah pilihan raya untuk memberi kelebihan kepada satu parti politik dengan cara memecah-belahkan undi kepada parti lain menjadi minoriti di konstituen pilihan raya.

Dalam pada itu, Muhyiddin ketika ucapan sama mendakwa orang Melayu sudah hilang kuasa di tanah air sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerana UMNO sebagai sebuah parti Melayu yang berada dalam kerajaan tidak mempunyai kuasa.

"UMNO yang hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen sekadar menumpang kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH). Tanpa UMNO pun, PH masih boleh memerintah.

"Jadi, walaupun kita berasa bangga dengan pencapaian parti kita dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri yang lalu, namun hakikatnya orang Melayu telah hilang kuasa," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin menggesa satu usaha digerakkan segera bagi menyatupadukan parti Melayu dengan BERSATU perlu memainkan peranan ke arah itu.

Beliau berkata, ia antara lain bagi menghentikan usaha mana-mana pihak untuk memperjuangkan kesamarataan hak antara semua kaum dan penghapusan dasar pro-Bumiputera.

"Janganlah sengketa sesama kita menyebabkan bumi yang kita pijak ini menjadi milik orang. Masa tidak menyebelahi kita lagi kerana kuasa pun sudah tiada di tangan kita," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1181127/kuasa-melayu-berisiko-hilang-dap-akan-ada-kelebihan-muhyiddin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ramkarpal Singh) telah mengesahkan bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya telah dimulakan bagi negeri Sarawak pada tahun ini, Sabah pada 2025 dan Semenanjung Malaysia pada 2026...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dijangkakan kerusi dimiliki DAP akan bertambah menjadi 80 berbanding 40 yang dimiliki kini sekiranya persempadanan semula itu berlaku…
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebut psl persempadanan aku baru tau, kalau ada tanah rizab melayu kene beri pd bukan melayu, kena ganti tmpt lain. Tanah yg masih ada cuma tanah rizab mcm tanah hutan je. Tapi takkan nk suruh org melayu dok hutan. Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
..."BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA...kita suka...kita suka...kita suka...maaaaaa"-Lencai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 04:34 PM | Show all posts
Insya Allah.

Tak sabar nak jadi negara maju macam USA, UK dan Singapore.

Mereka yang tak nak berlari tu biarlah dia nak merangkak. Yang penting jangan tarik kain orang yang nak pergi jauh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2023 04:37 PM | Show all posts
Highflyer19 replied at 24-11-2023 04:30 PM
Dijangkakan kerusi dimiliki DAP akan bertambah menjadi 80 berbanding 40 yang dimiliki kini sekiranya ...

Memang pun sempadan parlimen sekarang banyak memihak pada melayu malaya dan kedua borneo terutama Sarawak.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 04:40 PM | Show all posts
annehuda replied at 24-11-2023 04:33 PM
Sebut psl persempadanan aku baru tau, kalau ada tanah rizab melayu kene beri pd bukan melayu, kena g ...
Kalau 'kena beri' tu mesti 'kena bayar' kan?

Why sebab itu prime land. Boleh ja nak pertahankan kalau tak gelap mata.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2023 06:33 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-11-2023 04:40 PM
Kalau 'kena beri' tu mesti 'kena bayar' kan?

Why sebab itu prime land. Boleh ja nak pertahankan kal ...

tanah rizab melayu nilai tak tinggi dik. lagi satu, tanah rizab melayu ni ikut keluasan perjanjian raja-raja melayu tu, cuma 50% je pun. berbanding dengan statistik bukan melayu (jgn confused dgn peribumi Sabah Sarawak naaa) kt malaysia baru 30%. aku kasi situasi  contoh mcm kt satu daerah tu dh allocate 500ekar tanah rizab misalnye, tapi belum diberi pemilikan lagi, so tak perlu bayar pun, cuma kena pindah perwartaan tu kt tempat lain.  sebab tu ada yg pindah ke hutan la, rizab sungai la demi mencukupkan rizab Melayu tu. Terengganu je kot aku rasa ada syarat tanah Rizab Melayu wajib tanah bandar atau tanah pekan.  So tak semua tanah yang diambil tu adalah tanah hakmilik, kalau bukan dah nak bayar kat sape? lagi satu jgn confused pulak tanah rizab melayu dengan lot bumiputera, lot bumiputera cuma terpakai utk lot kediaman jah dan bumiputera ni termasuklah bumiputera sabah sarawak, orang asli.  Rizab orang asli pun lain.  
lagi satu ada je non-malay dapat tanah hakmilik tapi rizab melayu.  bergantung pd negeri, ada perwartaan tanah rizab tahun 1940, 1951, 1963 misalnya, tapi atuk nenek moyang diorang dapat dulu tanah tu sebelum persempadanan tanah rizab ni, diorang tak kena halau pun. cuma ada syarat, once tanah tu pindahmilik kepada orang melayu, cthnye anak diorg kawen ngan melayu, cucu diorang isytihar jadi melayu, masuk pusaka dpt kt cucu tu, atau tanah tu kene lelong yg beli tu melayu, tak boleh pindahmilik pada non-malay lagi dah. sepatutnye pentadbir tanah ada hak untuk ambil tanah tu dan ganti balik dgn tanah lain, tapi tu la pentadbir tanah pun sejenis kesian sgt taknak halau2 ni, yg penting dlm data cukup dh kuota tanah rizab Melayu.  sebab tu kekadang aku geram gak ngan racist ni, cubalah pi keluar gua sat, dok menghina Melayu ni menekan depa. dalam tertekan-tekan tu hidup jugak angpa lagi kaya dari Melayu yg tu tak sedaq diri plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 06:45 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 24-11-2023 07:12 PM

Bangsa Melayu harus ubah minda dan berpikir positif ke hadapan ...

Jika Malaysia dan rakyatnya  akan menjadi lebih maju, tertib, beradab, damai,  makmur, sejahtera dan bahagia  (seperti Singapore dan negara=negara maju lainnya) ...  mengapa harus alergi terhadap hal-hal seperti ini:

1. Sabah dan Sarawak berpisah dan menjadi negara merdeka sendiri

2. Peran dan eksistensi melayu akan semakin pupus dan berkurang akibat prinsip sistem meritokrasi dijalankan dengan baik (dengan menghapus segala policy keistemewaan kepada bangsa melayu)

3. Perubahan Tanah Melayu menjadi Republik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara ni sejenis mathematical impossibility berdasarkan jumlah setiap kaum di Malaysia sekarang dan juga kadar kelahiran setiap kaum.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. Seperti yg dijangka, PN akan guna kad perkauman pasal persempadanan semula ni. Padahal persempadanan semula ni perlu utk mewakili demokrasi. Imagine parlimen bangi ada lebih 300k pilih seorg MP. Arau pengundi 60k pilih seorg MP. Adil ka mcm tu?
Btw, yg akan buat persempadanan semula ni SPR. Kalau x yakin dgn SPR, mohon jangan bertanding pilihanraya ye.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap 99speedmart akan ada 1 kawasan parlimen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069376 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list