View: 4645|Reply: 26
|
[Politik]
BREAKING NEWS CHUOLS!!! MUHYIDDIN U-TURN BERSARA. TAWAR DIRI BERTANDING JAWATAN PRESIDEN BERSATU
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 25-11-2023 04:05 PM
Kata Muhyiddin, keputusan itu dibuat bukan sahaja kerana sokongan ahli parti tetapi juga atas sokongan dan restu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan U apabila mengumumkan beliau akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Presiden Bersatu bagi satu penggal lagi.
Kata Muhyiddin, keputusan itu dibuat bukan sahaja kerana sokongan ahli parti tetapi juga atas sokongan dan restu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
"Dia kata, stay another term, jangan kecewakan mereka, they need you...mereka ikhlas, carry on, saya restu kerana Bersatu masih belum kuat..
"Saya jawab okey, I will stay for the last term. This is for the nation, abah must stay on.
"Saya nak nyatakan hasrat (hasil sokongan) pimpinan di atas juga, saya buat keputusan menawarkan diri bertanding (jawatan presiden)," katanya semasa membuat Ucapan Penggulungan Presiden Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023, pada Sabtu.
Dalam sidang media sejurus selepas itu, Muhyiddin berkata, antara perkara yang turut mempengaruhinya bertanding sepenggal lagi adalah kerana semangat penyatuan dalam parti serta keinginan untuk terus membantu rakyat, khususnya orang Melayu.
"Nampaknya ahli kita bersemangat luar biasa, penyatuan dan kekuatan bertambah. Ini memberi gambaran baik kepada orang Melayu bahawa Bersatu komited untuk berjuang bagi menghadapai masalah negara.
"Kegagalan Kerajaan Perpaduan hari ini membuatkan ramai merasa hidup tidak bertambah baik, kerajaan gagal tangani isu-isu besar seperti kos hidup yang tinggi. Itu disuarakan dengan jelas dan lantang.
"Saya sudah buat keputusan untuk tidak bertanding, itu memang tegas kerana saya rasa sudah sampai masanya diberi peluang kepada kepimpinan yang ada.
"Tetapi suara yang datang dari dalam dan luar sangat kuat sampai saya rasa saya kena fikir semasak-masaknya.
"Macam saya katakan tadi, bukan kuasa pimpinan parti atau majlis tertinggi tetapi sokongan dan restu isteri yang membuatkan saya berfikir semula dan akhirnya membuat keputusan (bertanding) untuk penggal akhir," katanya.
Terdahulu pada Jumaat, Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung tahun depan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2023 03:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2023 03:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2023 03:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-11-2023 03:51 PM
Ewwa Faziwa tersenyum sinis { ...
Ada thread orang ternampak gambar kahwin di bod sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti walanon panaih jubo, takleh dah nak mengutuk |
|
|
|
|
|
|
|
Jap, apa kaitan Bersatu dengan BN? i is lost.
|
|
|
|
|
|
|
|
buang masa je letak calon
buang duit lagi
da tahu da sapa pemenang
hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Peja tmb.presiden terkejut tp dlm hati ada senyum |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah kalau wakyidin berundur. Wakjaid pun join berundur sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-11-2023 06:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sharlenetexas replied at 24-11-2023 06:25 PM
Baguslah kalau wakyidin berundur. Wakjaid pun join berundur sekali.
Waknon?...... |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 24-11-2023 06:27 PM
Waknon?......
Boleh gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur ke hadrat illahi...undur trus la malu apa. MB takde sorang pun dr Bersatu! |
|
|
|
|
|
|
|
Bersatu dah boleh join balik dgn tun m..dah takde tokoh pemimpin dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la. Parti yg tiada masa depan. Dok harap penyokong parti lain support mereka. Bakal berkubor next PRU. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti tinggal Pas sorang la kot, dgn bersatu spt kpl tanpa nakhoda, tunggul kayu mengalir lesu di sungai, kelapa ditebuk tupai (tupainye adalah Pas) |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-11-2023 04:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 25-11-2023 04:05 PM
Yg menulis ni sapa? Typo sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-11-2023 04:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mojarean_X at 25-11-2023 04:17 PM
Suchi replied at 25-11-2023 04:12 PM
Yg menulis ni sapa? Typo sana sini
Malaysia Gazette chuols. Punyalah excited dia nk breaking news. Hauk betul editor dia g approve. Now dia dh edit |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Buat propa boleh mahiadin ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|