CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2507|Reply: 0

[Kedah] Kurang sumber makanan, perubahan cuaca jadi faktor serangan ulat bulu

[Copy link]
Post time 24-11-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Kurang sumber makanan, perubahan cuaca jadi faktor serangan ulat bulu


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ZAILILA Had menunjukkan ulat yang ditemui di kedai makannya menyebabkan dia terpaksa menutup premis selama seminggu. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: Kekurangan sumber makanan selain perubahan cuaca disyaki antara faktor yang menyebabkan serangan ulat bulu hitamberlaku di Kampung Tebengau Tepi Laut di Kuala Kedah, sejak Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri, Dzowahir Ab Ghani berkata, kekurangan sumber makanan ulat bulu hitam adalah seperti pokok jati dan pokok api-api yang terdapat di kawasan pesisir pantai di kampung berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan ulat bulu hitam itu terpaksa mencari sumber makanan dari tanaman lain di kampung berkenaan
.
Katanya, merujuk pada data dari serangan yang lalu, ulat ini dikenali sebagai "Hyblaea puera (Carmer, 1777) dari Order Lepidoptera dan Keluarga Hyblaeidae atau nama biasanya Rama-Rama Jati (Teak Defoliator).

"Selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa serangan ulat bulu hitam itu merebak di kawasan bakau sewaktu peralihan antara musim kering dan musim hujan.

"Keadaan ini juga turut mempengaruhi populasi musuh semula jadi yang dapat mengawal serangga perosak ini secara semulajadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzowahir berkata, semalam, Jabatan Pertanian Negeri Kedah melalui Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) menjalankan penyiasatan untuk mengenal pasti dan mendapatkan maklumat daripada komuniti di kampung berkenaan.

Beliau berkata, hasil tinjauan mendapati, ulat itu muncul dengan memakan daun pokok api-api yang tumbuh sekitar persisir pantai sehingga menyebabkan banyak daun pokok mati.

"Serangan ulat bulu hitam itu sama seperti yang pernah berlaku pada 27 November 2016 yang mana kejadian berlaku pada bulan yang sama dan juga keadaan iklim pada waktu itu juga sama seperti yang berlaku sekarang.

"Kaedah kawalan yang disyorkan adalah menggunakan racun serangga seperti bahan aktif contohnya cypermethrin, deltamethrin, emamectin benzoate, abamectin dan perlu dilakukan dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata, ini kerana keadaan persekitaran dan peralihan musim boleh menyebabkan kejadian sama berulang malah berdasarkan pemerhatian pihak jabatan pertanian, kejadian ini boleh berlaku lagi.

Katanya, berdasarkan kajian, kehadiran ulat bulu hitam yang boleh menjadi rama-rama jati ini menjadi simbiosis bagi keseimbangan biodiversiti antara spesies pokok api-api dan tumbuhan paya bakau atau tumbuhan hutan dari spesis lain.

"Berdasarkan penemuan ini, pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Angkatan Pertahanan Awam (APAM) akan mengambil tindakan kawalan bagi mengatasi serangan itu dalam masa terdekat.

"Ini adalah kejadian kedua serangan spesis ulat bulu hitam ini sehingga mengakibatkan ada di kalangan penduduk yang terkena cecair daripada ulat terbabit akan menjadi gatal dan alahan pada kulit," katanya.



Disiarkan pada: November 24, 2023 @ 1:00pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.426791 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list