CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 0

[Sabah] Mekanisme baharu kutip plastik kitar semula perlu diwujudkan

[Copy link]
Post time 23-11-2023 08:42 PM | Show all posts |Read mode


BINCANG: Chew (dua kanan) serta tetamu kehormat lain ketika dalam mesyuarat berkenaan.

SANDAKAN: Satu mekanisme berkesan perlu diwujudkan untuk mengutip plastik kitar semula yang dikumpul oleh penduduk di sini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, Projek 'Trash and Cash' yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sangat menerima sambutan.

"Ini kerana plastik yang dikumpul itu akan dibeli oleh syarikat kitar semula dengan harga diantara RM0.30 sehingga 0.50 sekilo.

"Bahan kitar semula ini akan dibeli oleh syarikat berkenaan pada hari kempen dilaksanakan.

"Bagaimanapun, apabila penduduk berjaya mengumpul bahan itu, pihak mana yang perlu tampil untuk membeli plastik kitar semula itu, adakah MPS atau syarikat berkenaan akan turun dari rumah ke rumah membeli atau apa mekanisme yang sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Chew mencadangkan aghttps://www.utusanborneo.com.my/ ... -perlu-diwujudkanar pengendalian kutipan plastik kitar semula daripada penduduk awam perlu diperhalusi.

Sebelum ini katanya, Future Alam Borneo, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan kerjasama dengan MPS dan Unit-unit PPM di Sandakan untuk menangani isu sampah plastik.

"Mereka juga pernah bekerjasama dengan Pejabat Alam Sekitar dan kini mereka berkongsikan kepakaran mereka kepada orang ramai mengenai cara-cara mengendalikan proses kitar semula khususnya plastik.

"Baru-baru ini mesyuarat pelaksanaan bengkel 'Sandakan Waste Plastic Economy' dengan kerjasama NGO itu telah diadakan dan mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Presiden I MPS, Wilson Thomas," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052626 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list