CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5613|Reply: 26

Ramai Ucap Tahniah, Izzue Islam Dan Awin Nurin Dah Ambil Anak Angkat?

[Copy link]
Post time 22-11-2023 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama isteri di media sosial dan menyebarkan berita tidak benar kononnya mereka kini sudah memiliki seorang anak angkat.


Kata Izzue tindakan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat termasuklah ahli keluarga mereka sendiri.


Malah, dia bimbang jika berita tidak benar itu menyebabkan mereka dianggap sebagai penipu kerana bayi yang dilihat dalam video itu tiada bersama mereka.




Foto: IG




"Apabila ada akaun palsu sebegini ramai yang keliru. Tambah pula perkongsian tersebut mendapat banyak komen dan like. Mungkin ada yang anggap ia cerita betul.


"Ramai yang sudah mula buat spekulasi. Ada juga yang sudah mengucapkan tahniah kepada kami. Memang ia satu berita baik, tetapi tak elok kalau dilakukan begini.


"Kalau betul kami ada anak angkat, mana bayi itu sekarang? Jadi saya tak mahu orang anggap kami penipu apabila tidak melihat bayi tersebut ada bersama," katanya kepada mStar.







Pengacara program Famii Duo musim ketiga ini mengulas mengenai kewujudan satu akaun di aplikasi TikTok menggunakan nama Awin Nurin dan semua perkongsian di akaun tersebut memaparkan gambar mereka berdua.


Bercakap mengenai dakwaan sudah memiliki anak angkat itu, Izzue menjelaskan bayi lelaki tersebut adalah anak saudaranya dan video berkenaan juga merupakan rakaman sekitar empat tahun lalu.




  



"Itu video lama. Bayi dalam video tersebut dah berusia empat tahun sekarang. Bayi itu anak saudara kami.


"Namun kami tidak kisah pun tentang video tersebut kerana melihat komen-komen, semuanya mendoakan yang terbaik. Kewujudan akan palsu begini memang tidak boleh dibendung lagi sebab dah banyak akaun guna nama saya dan isteri di sosial media," ujarnya.


Tambah Izzue lagi kewujudan akaun palsu ini bukan pertama kali berlaku dan ada juga yang cuba mengambil kesempatan menipu orang ramai menerusi jualan produk.




  





Izzue juga sempat berkongsi nasihat agar pengguna media sosial menghentikan tindakan sedemikian dan meminta peminat mendapatkan maklumat sahih menerusi akaun rasminya sendiri.


"Sebelum ini ada peminat yang percaya dengan akaun palsu dengan melakukan pembelian barang. Apabila sedar ditipu barulah rujuk ke akaun sebenar saya.




  



"Bimbang juga jika ada perkongsian video yang tidak elok. Kepada pengikut saya sekiranya ragu-ragu, boleh terus bertanya dan jangan terlalu mudah percaya," jelasnya.


Untuk rekod, Izzue bernikah dengan Awin yang juga merupakan pengurusnya pada Jun 2013. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya bila dh lama berumahtangga dan blm ada rezeki cahaya mata sendiri pasangan akan amik anak angkat, izzue dgn awin maybe masih belum sedia dan masih busy dgn urusan seni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:14 PM | Show all posts
fans sejenis delusional la tu yang buat video gitu... tinggal nak photoshop gambar diri sendiri je letak sebelah2 dengan izzue tu...

macam acik andartu yang nak dekat tengku hassanal pahang tu...
cuba hempuk pakai lesung batu 1x... rasanya boleh kembali ke dunia nyata tu...


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:34 PM | Show all posts
iols baru nak ucap tahniah..
semoga rezeki baby menghampiri theyols..aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dari TT tu mmg jgn percaya sgt lah
mcm2 ada nak2 tetiber kontent retis meninggal la apa la
mcm bangang
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
About time, takde anak sendiri tak bermaksud tak boleh ada anak. Sedangkan jaga budak kejap pun rasa sayang lagikan ambil anak angkat asuh sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 05:23 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 22-11-2023 02:14 PM
fans sejenis delusional la tu yang buat video gitu... tinggal nak photoshop gambar diri sendiri je l ...

lesung dewa sayu ke sis?



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:28 PM | Show all posts
I doakan semua yg ttc dikurniakan cahaya mata.. aminn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik izzue ni dulu 1faculty dgn aii tapi adik dia junior aii la..bg aii adik dia handsome lg dari izzue ni. Tapi bila adik dia sah kawin semangat badan bagai di pam pam..terus hilang handsome
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cruz2 replied at 22-11-2023 01:37 PM
Biasanya bila dh lama berumahtangga dan blm ada rezeki cahaya mata sendiri pasangan akan amik anak a ...

Issue di bukan pasal anak angkat tapi lebih pada fake account di buat oleh kipas karat sewel.


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe izzue awin..bila masanya tiba .. semuanya dipermudahkan

Kalau ada yg push2 suh amik anak angkat tu padahal chuols berdua bukan suka budak sgt pun..tolonglaa jgn amik..korang jer yg tau diri korang camane..yg amik anak angkat tak ikhlas konon2 lepas tu dpt rezeki anak sendiri tu mmg sorilah iols cerca.. bila dpt anak sendiri dibeza-bezakan budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy doakan izzu dan isterinya dikurniakan anak sendiri. Sy sendiri ttc 12 taun. Skg mengandung dua bulan. Jika ada rezeki, ada la nanti. Jgn putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiktok byk account impersonate artis2 and ramai mudah pecaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 11:06 PM | Show all posts
cruz2 replied at 22-11-2023 01:37 PM
Biasanya bila dh lama berumahtangga dan blm ada rezeki cahaya mata sendiri pasangan akan amik anak a ...

Entah2 dah decide nak child free

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Izzue ni makin hensem pula. Job pun byk. Asyik muka dia je kat tv. Jadi duta mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe diorg pon dh xharap nk anak.yela.umur makin lanjut.risiko makin tinggi.diorg ni dh 40 ke belum?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 22-11-2023 05:31 PM
Issue di bukan pasal anak angkat tapi lebih pada fake account di buat oleh kipas karat sewel.



Ko ghaser nyanmanyambek patut sarankhen pada mommydadanyer utk ambik anak angkat since theyols terlalu sibuk atau perhaps salah sorang teloq gatal memang tak boleh pakai lagi, utk pikirkheun keperluan dia utk ada adik kandung sendirik? Takkheun selama dia membesar nak kena ngadap si chots, the construed and confused gender iteww? Sampai bila?

Wats your thought on this?








Kahkahkahkahkahkahkah



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 23-11-2023 07:45 AM
Ko ghaser nyanmanyambek patut sarankhen pada mommydadanyer utk ambik anak angkat since theyols ter ...

Aiikkkk...terasa ke dgn perkataan sewel?

Terus keluay bisikan halus neelofa.

Thats my thought.


Sewel.com
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 23-11-2023 08:13 AM
Aiikkkk...terasa ke dgn perkataan sewel?

Terus keluay bisikan halus neelofa.

Mengelak nampak?

Kahkahkahkahkah

Ko tak kesian dgn nyanmanyambek keww? dikelilingi serta sengaja dirapatkheun dgn makhluk makhluk yg masih dlm pencarian sexual identity mereka yg sebenar...contoh chots?



Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 09:27 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 23-11-2023 08:43 AM
Mengelak nampak?

Kahkahkahkahkah

bukan elak. tapi tidak mahu layan lu bhai....

bodoh tak faham.


Sewel.com



#masihtaksedordiri





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055864 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list