CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10427|Reply: 74

Keluarga Bukan Calang-Calang- Puteri Sarah Lahir Di London, Ibu Bapa Kerja Profesional, Adik-Beradik Berkerjaya Hebat

[Copy link]
Post time 22-11-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Puteri Sarah Liyana berpendapat jika tiada restu daripada ibu, semua perkara hendak dilakukan pasti tidak menjadi.


Walaupun pada mulanya dihalang untuk berkecimpung dalam industri seni, Puteri Sarah bersyukur ibunya menitik beratkan soal pendidikan dalam apa jua aspek.


Foto: IG




"Sejak usia semakin meningkat, apa yang saya perasan ialah mengenai restu dan berkat. Tanpanya, apa sahaja yang dilakukan pasti tidak menjadi.


"Keberkatan Allah ialah nombor satu. Tetapi berkat dan restu daripada seorang ibu ialah satu hal yang lain. Jika diikutkan, ibu saya paling tidak suka saya berkecimpung sebagai artis namun tetapkan syarat supaya saya habis belajar.


"Biarpun sedikit lambat berbanding orang lain namun saya bersyukur berjaya bergelar graduan. Bukan apa, apabila sudah bekerja dan raih wang sendiri, jadi gelap mata pula," katanya kepada Harian Metro.




  



Melihat kepada keperibadian dan perwatakannya, Puteri Sarah tidak hanya cantik, bahkan seorang wanita bijak serta pandai berdikari.


Untuk info, graduan Ijazah Pengurusan Hotel dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur.


Selain berlakon, Puteri Sarah pernah bergelar model serta duta produk untuk beberapa jenama terkenal.


Berkongsi mengenai latar belakangnya, Puteri Sarah adalah anak sulung daripada empat adik beradik di mana dia memiliki dua adik perempuan serta seorang adik lelaki.




  



Puteri Sarah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang. Ibu bapanya terbabit dalam bidang kerjaya profesional.


Adik perempuan keduanya, Puteri Sofea seorang doktor manakala adik lelakinya, Megat Imran pula bertugas sebagai konsultan pengurusan material.


Pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini menjelaskan hanya dia seorang saja dalam keluarga yang berkecimpung dalam bidang seni manakala keluarganya berada dalam aliran berbeza.


Disebabkan kisah kemelut rumah tangganya, nama Puteri Sarah mula menjadi sebutan dalam topik perbualan ramai.


Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof kembali aktif dalam dunia lakonan. Sebelum ini Puteri Sarah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa selama enam tahun.




  



Untuk rekod, Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.


Kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.


Puteri Sarah kembali aktif sebagai usahawan dan juga pelakon menjelaskan kesibukan kerja sama sekali tidak mengganggu fokus terhadap dua cahaya mata kesayangannya.


Jelas Puteri Sarah, 38, setiap pagi dia akan menyelesaikan tanggungjawab di rumah sebelum keluar bekerja.




  



"Sejujurnya memang penat. Tetapi fokus utama saya tetap anak. Walau sibuk pun saya pasti luangkan masa untuk mereka. Sebelum keluar kerja uruskan mereka dahulu.


"Dalam keadaan sekarang ini saya ada sistem sokongan kuat dari orang sekeliling. Semua yang dekat dengan saya memberi kerjasama baik," katanya.


Ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan pelakon Indonesia yang juga rakan kongsinya, Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah berkata, hubungan mereka hanya sebagai rakan kongsi.


Kata Puteri Sarah, mereka kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia.




  



"Andi pengeluar untuk produk kecantikan dan hijab, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan. Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur dalam waktu terdekat kerana kami rancang buka kilang di sini.


"Kami rancang untuk edarkan di Singapura. Kami selesa dengan satu sama lain dan kerana itu juga kami tidak menyembunyikan apa-apa kepada umum. Selebihnya kita serah kepada Allah untuk menentukan semuanya," kata Puteri Sarah. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 02:10 PM | Show all posts
enuf laaa.......boring betul
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara ps jwb bila dpt soalan, susunan ayat dia best dengar dan jelas. Compare jah, jah jwb berbelit2 dan x mnjwp soalan. Ps lg best.xyh masok mrsm lgkwi pon utk jd bijak. Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 22-11-2023 02:10 PM
enuf laaa.......boring betul

Kalau rasa boring dgn ps xyh penat2 susahkan diri nk komen sini anak haram oi. Xreti nk hidup tp tingin nk hidup. Bodoh puki berkulat
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:35 PM | Show all posts
sokong je..lps bercerai dia jaga tatakelakuan..
rugi solnotelo ceraikan dia..
mgkin dh lama ps seksa...tp kagum juga dgn dia ni
xde nak merintih hiba...go sarah go
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:50 PM | Show all posts
ala..hotel management dari UITM je pon. ingat professor phd oxford baru la terkagum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
juruterra replied at 22-11-2023 02:50 PM
ala..hotel management dari UITM je pon. ingat professor phd oxford baru la terkagum

Bitter ke?? Asalkan dia dapat segulung ijazah. bukan semua mampu nak habiskan.
Dari aada retis tu langsung takda apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
fly high PS background family orka/bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 03:14 PM | Show all posts
family bagus2 tapi terpikir knp laa dia tersasar dulu. kalau tak mesti tak jadi artis dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 22-11-2023 02:15 PM
Cara ps jwb bila dpt soalan, susunan ayat dia best dengar dan jelas. Compare jah, jah jwb berbelit2  ...

Communication skill is to be developed.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 22-11-2023 03:14 PM
family bagus2 tapi terpikir knp laa dia tersasar dulu. kalau tak mesti tak jadi artis dia ni

Hihi dalam ramai anak2 mesti ada sorang yg berlain sikit..mmg adik beradik dia jenis educated dia pun sama tp tu lah nak glamour punya pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:29 PM | Show all posts
newyork replied at 22-11-2023 03:24 PM
Hihi dalam ramai anak2 mesti ada sorang yg berlain sikit..mmg adik beradik dia jenis educated dia  ...

tu lahh sayang je. kot laa jadi lawyer ke Doktor ke skrg ni mcm adik beradik lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus PS tetap habiskan belajar tak apa walaupun lambat..
kita yang aturkan hidup kita kan tak perlu terkejar2 semata nk ikut kawan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi?? Banyak lagi artis lain keluarga background good good tapi kalau jadi artis kenalah ada produk yang diingati bukan jual keluarga atau dulu pelajar sekolah iskl tetiba
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ritu aku dgr kt live ps kt dia degree kt sunway
.mgkin dip kt uitm kot. Pastu sambung degree kt sunway. Eh sunway ke. Ke taylor's
Entah tak ingt mana 1

Dia ckp mak dia cmna pun suruh dia abiskan.belajar..tak kira apapun.

Apa2 pun gudluck ps.. Fly high


Betul la tu takde ps nk buat spesial post pasal sol.merintih lepas diceraikan.
Nmpak dia move on sepenuhnya

Sol tak mandi who ??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mun_cha_gha at 22-11-2023 04:59 PM
missHaidiD replied at 22-11-2023 04:34 PM
Ritu aku dgr kt live ps kt dia degree kt sunway
.mgkin dip kt uitm kot. Pastu sambung degree kt sunw ...


kalau masok sunway/taylor’s tu,
memang PS anak org ada2 ini.
Yuran sunway 60k keatas.
Yuran taylor’s 100k+ keatas.
mau tak rm17ribu sebulan+ sekali hostel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni time keja htl baik senyum je mmg manis je muka tgknya time ni dia dh bnyk jd modal iklan tp dia keja htl tak lama mn pon
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:07 PM | Show all posts
mun_cha_gha replied at 22-11-2023 04:42 PM
kalau masok sunway/taylor’s tu,
memang PS anak org ada2 ini.
Yuran sunway 60k keatas.

tu harga skrg

zaman PS belajar kat Taylors  dah lama dulu takdelah mahal benar






Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:10 PM | Show all posts
Edited by Incanto at 22-11-2023 05:21 PM

tak payah lah nak cerita psl kejayaan ahli keluarga, semua org dah tahu

nak cakap ko pun bijak pandai cuma sibuk nak jadi artis ke?

yg penting skrg kerja keras utk kejayaan sendiri

Go..PS..Go


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:13 PM | Show all posts
missHaidiD replied at 22-11-2023 04:34 PM
Ritu aku dgr kt live ps kt dia degree kt sunway
.mgkin dip kt uitm kot. Pastu sambung degree kt sunw ...

dia tak habis kat UITM

pastu masuk Taylors

kat UITM mana boleh tinggal dan sambung balik, unless ada alasan kukuh mcm masuk hospital sbb koma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.047257 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list