CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6657|Reply: 0

[Kedah] Wanita OKU ditemukan mati dalam bilik sewa

[Copy link]
Post time 21-11-2023 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Wanita OKU ditemukan mati dalam bilik sewa


Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 21, 2023 @ 10:58pm bhnews@bh.com.my




Mayat wanita OKU yang ditemukan mati dalam sebuah bilik sewa di Bandar Puteri Jaya, semalam. NSTP/Ihsan Pembaca




SUNGAI PETANI: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan mati dalam sebuah bilik sewa, rumah dua tingkat di Bandar Puteri Jaya di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu dipercayai tinggal di bilik sewa berkenaan bersama kakaknya yang berusia 36 tahun sejak Disember tahun lalu.

Namun kejadian itu disedari kakak mangsa yang baru pulang dari tempat kerja sebelum mendapati adiknya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa yang mengalami masalah dalam pembelajaran bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan kejadian dan berkata, polis menahan seorang suspek serta direman lima hari bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat. Setakat ini kes masih dalam siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066229 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list