CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5300|Reply: 1

Selamat Jalani Pembedahan Keluar Cecair Di Otak, Along Jinbara Makin Pulih

[Copy link]
Post time 21-11-2023 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Isteri Along Jinbara, Mimi Norfaiza Mohd Idris berkata, "Berat badan Along (Syah Nizam Ahmad Shamsi) semakin susut selepas kehilangan 10 kilogram (kg) dan hanya bergantung kepada susu khas sahaja."


Katanya penyanyi itu yang semakin pulih selepas menjalani pembedahan mengeluarkan cecair di otak dan menebuk tekak, pada September lalu.


Kali terakhir berat badan suaminya adalah 62 kg.



Foto: Harian Metro





"Mungkin sekarang sudah 50 kg sebab susut sangat dan kesihatannya banyak berbeza.


"Susu dia khas sejak dari wad dan setiap empat jam sekali saya bagi dengan menggunakan tiub selama hampir tiga bulan.


"Doktor juga ada beritahu untuk cuba bagi dia rasa lidah sendiri sebab sudah lama tidak digunakan. Jadi saya kena perlahan-lahan ajar suami untuk lihat lidahnya okey atau sebaliknya," katanya kepada Harian Metro.


Tambah Mimi Norfaiza, suaminya turut boleh bergerak dan menyeimbangkan badan.


Ditanya sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup, dia berkata, walaupun Along tidak bekerja hampir tiga bulan tetapi pelbagai cara diusahakan termasuk menjana pendapatan melalui aplikasi TikTok.


"Kawan-kawan terdekat banyak membantu kami dari awal. Ada yang uruskan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari segi lampin pakai buang, susu dan sumbangan sedikit.


"Saya serahkan rezeki pada Allah saja sebab tidak bekerja. Saya jaga dia dan dia pun macam ini (sakit)," katanya.


Ditanya hasrat Along untuk kembali beraksi di pentas dan bertemu dengan peminat, Mimi Norfaiza berkata suaminya sentiasa bersemangat untuk kembali sihat seperti sedia kala.


"Insya-Allah, saya selalu cakap dekat dia kuat semangat. Belum buat video klip lagi kita nak kena kuat semangat.


"Dia kata Insya-Allah, saya ajar dia kuat macam mana (kuat sambil genggam tangan). Ramai peminat mendoakan dia, kalau saya bersiaran langsung dengan akaun dia (TikTok) memang sangat ramai.


"Kita tak tahu Allah angkat doa siapa. Alhamdulillah," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2023 09:10 AM | Show all posts
get wll soon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.284993 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list