CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2889|Reply: 0

[Kedah] Geng Bri kecundang akhirnya

[Copy link]
Post time 21-11-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-11-2023 05:52 PM

Geng Bri kecundang akhirnya


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Fisol menunjukkan bahan bukti susulan penahanan geng Bri yang terbabit jenayah samun. FOTO Ahmad Mukhsein Mukhtar




Alor Setar: Kegiatan licik 'Geng Bri' yang aktif melakukan kegiatan jenayah harta benda di Pendang dan Kota Setar sejak awal tahun ini kecundang apabila ketua dan empat ahli kumpulan ini dicekup polis.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, geng ini diketuai suspek berusia 36 tahun dikenali sebagai 'Bri' bersama empat yang lain ditahan secara berperingkat antara 29 Oktober hingga 6 November lalu.

Beliau berkata, dengan penahanan kelima-lima suspek itu berjaya menyelesaikan 22 kes pecah rumah yang berlaku di dua daerah berkenaan.

"Pada 29 Oktober lalu, pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah menahan seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan itu sebelum menahan tiga lagi suspek termasuk ketua geng itu pada 2 November lalu.

"Seorang wanita berusia 31 tahun turut ditahan pada 6 November lalu untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Fisol berkata, kesemua mereka direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sehingga hari ini dan akan disambung reman untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua mereka mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah malah hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, mereka positif dadah jenis methampetamine.

"Susulan itu, polis menemukan semula barangan kes yang dilaporkan hilang hasil jenayah yang dilakukan.

"Ia termasuk dua motosikal iaitu jenis Honda Wave dan Yamaha YIS, dua kereta Proton Iswara dan Toyota Corolla, serta sebuah van jenis Nissan Venette.

"Turut dirampas, dua kunci motosikal, sebuah penyedut hampagas, pam air dan tangki sabun serta beberapa alatan pecah rumah yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah, " katanya.

Fisol berkata, modus operandi yang dilakukan geng ini adalah mensasarkan rumah tiada penghuni, premis perniagaan dan rumah dalam pembinaan.

Malah, kumpulan ini turut menggunakan kenderaan dicuri sebagai pengangkutan ketika melakukan kegiatan jenayah.

Beliau berkata, dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 22 kes jenayah harta benda iaitu lapan kes pecah rumah, dua kes curi kenderaan, enam kes curi dan curi dalam bangunan, serta satu kes khianat dan dua kes pencerobohan jenayah di daerah Pendang.

"Selain itu, tiga lagi kes membabitkan kecurian kenderaan di daerah Kota Setar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.



Disiarkan pada: November 21, 2023 @ 5:18pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.046062 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list