CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2316|Reply: 2

Berang Lapor Polis, Penagih Nak Bunuh Adik Kandung Sendiri

[Copy link]
Post time 20-11-2023 06:54 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, gara-gara mengugut untuk membunuh adik kandungnya sendiri.


Ia berpunca apabila dia berang mangsa melaporkan kegiatan ketagihannya kepada pihak polis.


Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ahmad Zafran Mohd, 33, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Gambar Hiasan




Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mendatangkan ketakutan kepada adiknya, Ahmad Yusran, 32, kira-kira pukul 11.30 malam di sebuah rumah di Kampung Kandang, di sini, 6 Oktober lalu.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak mengugut untuk membunuh adik kandungnya selepas mengetahui mangsa membuat laporan polis bahawa dia seorang penagih dan telah mengamuk di rumah mereka.


Tertuduh juga dikatakan meminta wang daripada ibu saudaranya untuk membeli dadah sehingga menyebabkan wanita itu ketakutan dan terpaksa menuruti permintaan tersebut.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan kejadian berlaku kerana didorong perasaan marah dan berjanji tidak mengulangi kesilapan itu lagi.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.


Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara selama tujuh bulan daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 11 Oktober lalu. –CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya kalau ade adik beradik mcm ni. Adik sendiri pun nk dibunuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:18 AM | Show all posts
Edited by ipes2 at 21-11-2023 04:41 AM

has become an integral part of my pursuit of a sustainable lifestyle. Not only do the foils regulate temperature, reducing energy consumption, but they are also made with eco-friendly materials in mind. This is perfectly in line with my principles of caring for the environment.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055561 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list