CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1591|Reply: 0

[Kedah] ‘Kak long baliklah, sudah lapan tahun mak duduk dekat pintu tunggu kak long’

[Copy link]
Post time 20-11-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Che Safuan dan Hamzah menunjukkan laporan polis dan gambar Siti Mariah yang menghilangkan diri sejak lapan tahun lalu.

KUALA NERANG – “Kak long baliklah, setiap hari selama lapan tahun mak sebut nama kaklong, tunggu kak long di pintu rumah, pulanglah sementara mak dan ayah masih ada”

Demikian rayu Che Safuan Abd. Rahman, 61, kepada anak sulungnya, Siti Mariah Hamzah, 39, yang hilang tanpa khabar berita sejak lapan tahun lalu.

Menurut Che Safuan, Siti Mariah yang merupakan graduan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Sarawak dalam bidang kaunseling menghilangkan diri selepas bekerja di sebuah bank secara kontrak di ibu negara.

“Sehingga kini saya dan suami, Hamzah Said, 65, menantikan kepulangan kak long walaupun tiada langsung khabar berita daripadanya. Suami dan anak kedua pernah mencarinya di Kuala Kumpur tetapi gagal menemuinya.

“Sampai sekarang kami tidak tahu apa masalah dan salah kami sehingga kak long menghilangkan diri. Saya sudah sampai tahap tertekan memikirkan punca kak long tidak balik kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sireh, Naka dekat sini hari ini.


Siti Mariah.

Katanya, tiada perselisihan faham yang berlaku antara keluarga dan Siti Mariah sebelum kejadian.

“Kali terakhir kak long hubungi saya pada hujung tahun 2015 memaklumkan dia beli baju di Nilai, Negeri Sembilan kerana mahu menghadiri majlis kenduri rakannya.

“Selepas itu, tidak ada lagi berita tentang kak long. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada kak long yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga,” ujarnya.

Menurutnya, dia juga hanya mampu mencium pakaian kak long yang masih disimpan apabila merindui anak kesayangannya itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Siti Mariah diminta menghubungi adik Siti Mariah, Mohd. Nizam, 011-24191346. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tu-tunggu-kak-long/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.379311 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list