CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1792|Reply: 0

[Kedah] Guru madrasah didakwa cederakan fizikal, emosi murid

[Copy link]
Post time 20-11-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Guru madrasah didakwa cederakan fizikal, emosi murid


Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 20, 2023 @ 12:07pm bhnews@bh.com.my




Tertuduh, Amirul Hakim Johari, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan fizikal dan emosi muridnya.




SIK: Seorang guru madrasah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan fizikal dan emosi muridnya yang berusia lapan tahun pada 11 November lalu.

Tertuduh, Amirul Hakim Johari, 27, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya dihadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, Amirul Hakim didakwa menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Madrasah Baituttaqwa Warahmah di Kampung Durian Burung, Sik pada 11 November lalu.

Tertuduh berasal dari Petaling Jaya didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ikmal Affandi Zulkifli, manakala tertuduh diwakili peguam Al-Sabri Ahmad Kabri.

Muhamad Ikmal memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 ke atas tertuduh berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi.

Peguam tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah memberikan jaminan minimum kerana tertuduh berpendapatan rendah.

"Selain itu, tertuduh juga mempunyai seorang anak dan isterinya bakal bersalin minggu depan, malah tertuduh memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta diperintahkan melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi sehingga kes selesai.

Najwa kemudian menetapkan 21 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh dibawa ke lokap reman sementara menanti ikat jamin diselesaikan.

Semalam, media melaporkan seorang murid lelaki sebuah madrasah di Sik, cedera beberapa bahagian badan akibat disyaki dirotan gurunya, dengan menggunakan batang paip polyvinyl chloride (PVC) dalam satu kejadian kira-kira dua minggu lalu.

Berdasarkan perkongsian laman sosial ibu saudara mangsa, mendapati pelajar berusia lapan tahun itu lebam teruk di punggung dan pinggang.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Abdull Razak Osman, berkata susulan kejadian itu, polis menahan sekolah lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai tenaga pengajar madrasah itu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057434 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list