CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4126|Reply: 0

[Kedah] Laut gelora, harga ikan naik

[Copy link]
Post time 19-11-2023 01:57 PM | Show all posts |Read mode

Melati menjual ikan pada harga yang agak mahal berikutan peralihan monsun.- Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli

KUALA KEDAH: Harga ikan dan hasil tangkapan laut menunjukkan trend naik disebabkan laut sudah mula bergelora akibat peralihan fasa Monsun Timur Laut (MTL).

Kebanyakan peniaga ikan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota di sini, mendakwa tangkapan ikan berkurangan akibat cuaca sejak dua bulan lalu menyebabkan mereka terpaksa menjual harga tinggi berbanding biasa.

Tinjauan di pelantar ikan berkenaan mendapati, kebanyakan peniaga menjual ikan yang ada termasuk ikan merah, ikan tenggiri, gelama dan udang dengan harga berpatutan.

Peniaga ikan, Melati Ladun, 40, berkata, harga ikan yang dijual sebelum ini antara RM6 atau RM7 sekilo terpaksa dijual antara RM10 hingga RM12 sekilo bergantung pada saiz.



Katanya, harga murah RM3 hingga RM4 sekilo memang ada tetapi saiz ikan terlalu kecil dan kebanyakan pelanggan memilih saiz sedang dan besar.

"Setiap hari kami jual apa yang nelayan tangkap, ada sedikit dan ada banyak menyebabkan harga ikan tidak sama setiap hari.

"Kami dah banyak hari tak ada ikan nak jual sebab ramai nelayan tak turun ke laut disebabkan ombak kuat dan hari ini baru ada ikan nak dijual," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, peniaga lain, Khadijah Md Syah, 49, berkata, kekurangan ikan berlaku sejak penghujung September lalu sehingga sekarang dijangka sehingga bulan depan.

Katanya, nelayan hanya mampu memperoleh ikan sekadar yang mampu untuk dijual kepada pelanggan dengan harga peraih di situ.

"Mungkin harga ikan di pasar awam lebih mahal dari di pasar ini dan boleh mencecah sehingga RM20 sekilo bergantung pada saiz ikan.

"Sekarang ini musim sotong candat tetapi dijual antara RM25 hingga RM35 sekilo disebabkan musim tengkujuh," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ora-harga-ikan-naik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.358292 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list