CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6247|Reply: 0

[Sabah] 2 program baharu diperkenal tahun depan lonjak pembangunan usahawan, koperasi

[Copy link]
Post time 19-11-2023 07:28 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (kiri) bertemu peserta Bengkel Sulaman Siling Tradisi anjuran Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) dan SIDMA College, di Penampang, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi


PENAMPANG: Dua program baharu berkaitan pembiayaan aktiviti keusahawanan kraf serta koperasi pelancongan akan diperkenalkan bagi melonjakkan lagi pembangunan keusahawanan dan koperasi di negara ini.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata program itu ditawarkan menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Kraf yang dilaksanakan TEKUN Nasional dan Program Rangsangan Koperasi Pelancongan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Beliau berkata, menerusi skim untuk usahawan kraf, TEKUN Nasional menyediakan pembiayaan sehingga maksimum RM100,000 kepada usahawan mikro dan kecil dalam seni pembuatan kraf, baju batik, kraftangan, cenderamata dan perusahaan dalam sektor kraf.

Katanya, penyediaan skim itu adalah susulan perbincangan beliau dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing baru-baru ini mengenai usaha melonjakkan industri kraf serta batik negara.

Kami mengadakan perbincangan bagaimana industri kraftangan dan batik negara dapat dilonjakkan dalam kalangan usahawan kecil. Kami bersetuju skim pembiayaan perlu diperkenalkan khusus untuk ini.

"Seterusnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan program untuk membantu usahawan kraf dan batik.

"Justeru, skim ini akan dilancarkan dalam masa terdekat ini," katanya ketika merasmikan Bengkel Sulaman Siling Tradisi anjuran bersama Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) dan SIDMA College, di sini, hari ini.

Ewon berkata, bagi pakej rangsangan koperasi pelancongan, sebanyak RM2 juta disediakan kementeriannya melalui SKM bagi menyokong pembangunan sektor pelancongan untuk memajukan penginapan inap desa dan rumah tumpangan yang dikendalikan koperasi pelancongan.

"Di bawah program ini, kita akan membiayai sebahagian daripada harga pakej penginapan yang disediakan oleh koperasi pelancongan. Ini bererti pelancong akan membayar harga lebih murah apabila berkunjung dan menginap di inap desa serta rumah tumpangan milik koperasi pelancongan.

"Program ini saya yakin dapat memberi manfaat kepada koperasi pelancongan desa. Ini menjadi sumbangan awal kita ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026 supaya pelancong juga berkunjung ke pusat pelancongan milik koperasi yang mempunyai pakej penginapan.

"Saya bercadang untuk melancarkan program ini di Sabah pada awal tahun hadapan," katanya.

Sementara itu, mengenai bengkel yang dirasmikannya, Ewon menyatakan harapan agar peserta seni tradisi Kadazandusun itu menjadi usahawan mengeluarkan pakaian tradisi atau perkhidmatan lain berkaitan dengan pakaian tradisi etnik Sabah.

Katanya, peserta bengkel yang menjalankan perniagaan berkaitan boleh memohon pembiayaan termasuk melalui perolehan mesin, automasi dan digitalisasi bagi meningkatkan produktiviti.

"Kita juga melancarkan skim geran usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Bumiputera Enterprise Enhancement Program (BEEP) Plus oleh agensi SME Corp untuk tujuan ini.

"Bengkel ini penting untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran Sulaman Siling kepada generasi muda tetapi sebagai menteri usahawan saya ingin melihat peserta bengkel tampil menjadi usahawan sebenar dan berkunjung ke agensi KUSKOP untuk mendapatkan perkhidmatan atau pembiayaan yang berkaitan," katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut menyalurkan geran aktiviti sebanyak RM20,000 kepada PUNS menerusi peruntukan khas beliau bagi tahun ini dan bersetuju untuk menggandakan jumlah geran itu pada tahun depan bagi menganjurkan program keusahawanan serta pendidikan khususnya untuk golongan wanita.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045654 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list