CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2817|Reply: 0

[Perak] Siap siaga bot nelayan hadapi MTL di Muallim

[Copy link]
Post time 18-11-2023 02:23 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi PPSS Daerah Muallim,Shaharin Samsuddin (lima kanan) menyampaikan baju kepada ahli sempena Mesyuarat Agong Tahunan PPSS di Dewan Pusat Giat Mara Slim River, hari ini. FOTO ROSMAN SHAMSUDIN

Slim River: Lebih 10 bot nelayan darat bersiap siaga bagi membantu mangsa banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlarutan hingga Mac tahun depan.

Pengerusi Persatuan Pencinta dan Sahabat Sungai (PPSS) Daerah Muallim, Shaharin Samsuddin berkata, nelayan yang juga ahli badan bukan kerajaan (NGO) itu menawarkan bantuan berkenaan secara sukarela.

Menurutnya, ini berikutan Muallim antara daerah yang terjejas akibat banjir setiap kali musim MTL melanda.

"Pengalaman nelayan terbabit termasuk sebahagian mereka pernah mengikuti kursus menyelamat di air perlu dimanfaatkan untuk membantu pihak berkuasa ketika bencana banjir berlaku," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agong PPSS Daerah Muallim di Dewan Pusat Giat Mara Slim River, di sini, hari ini.

Shaharin berkata, pihaknya juga bakal menubuhkan skuad khas bagi memantau sungai secara berkala untuk persediaan awal selain jika berlaku isu pencemaran air.

"Inilah khidmat bakti yang boleh kami sumbang kepada masyarakat setempat selain membantu memulihara kelestarian sungai di daerah ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dapi-mtl-di-muallim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046068 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list