CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2910|Reply: 0

[Perak] Sultan Nazirn kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima

[Copy link]
Post time 18-11-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67 di Istana Iskandariah hari ini.

Kuala Kangsar: Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada 213 penerima bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67 di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.



Penerima adalah sebahagian daripada 238 penerima yang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan hari keputeraan baginda yang disambut pada 3 November lalu.

Mendahului senarai penerima ialah Ketua Pengarah Sel Kesihatan Markas Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, antara 18 penerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM).

Penerima PCM yang lain antaranya Pengerusi Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) Prof Dr Rofina Yasmin Othman, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Sultan Nazrin turut mengurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 32 penerima termasuk Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Prof Madya Dr Nur Hisham Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Juna Yussof pula antara 20 penerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM). Selain itu, sebanyak 59 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) dikurniakan kepada 11 penerima.

Sementara itu, atlet terjun dari Perak yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China baru-baru ini, Muhammad Shafiq Puteh dan atlet Muay Thai negara Mohd Rifdean Masdor dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) bersama 29 lagi penerima.

Dalam pada itu, jurulatih Muay Thai negara Bernad Raden pula antara 42 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kepada-213-penerima
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.402345 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list