CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2892|Reply: 0

[Selangor] 46 premis perindustrian dikesan tempat pembiakan nyamuk aedes

[Copy link]
Post time 18-11-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) membuka kertas siasatan terhadap 46 premis perindustrian yang didapati membiak nyamuk aedes menerusi Ops Industri di sekitar Telok Panglima Garang, Kuala Langat, kelmarin.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman, berkata kesemua kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapat izin pendakwaan kerana membiarkan premis menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, JKNS memandang serius peningkatan kes demam denggi yang berlaku ketika ini sehingga melebihi 63.2 peratus.

"Sebanyak 50,703 kes dan 14 kematian direkodkan di Selangor sehingga Minggu Epidemiologi ke-45 (ME45) sekali gus meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu hanya 31,078 kes dan lapan kematian.



"Justeru, kita melancarkan operasi bersepadu melibatkan 130 anggota penguat kuasa dengan 46 premis daripada 77 yang diperiksa positif dengan pembiakan nyamuk aedes.

"Pemeriksaan turut menemukan sebanyak 84 bekas yang didapati positif aedes dengan empat notis dikeluarkan mengikut Seksyen 8 Akta 154 bersama arahan kerja pembersihan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan mahkamah itu bertujuan meningkatkan kesedaran pihak pengurusan industri supaya lebih prihatin mengenai kesejahteraan masyarakat setempat.

"Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... biakan-nyamuk-aedes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.044476 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list