CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2736|Reply: 0

[Perak] Mangsa banjir kekal 102 orang di Perak

[Copy link]
Post time 18-11-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Teluk Intan: Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 102 orang membabitkan 29 keluarga di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, setakat 8 pagi ini.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak melaporkan Kerian adalah daerah paling terjejas dengan 75 mangsa daripada 22 keluarga.

Kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di dua PPS iaitu masing-masing 18 orang (tiga keluarga) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang (19 keluarga) di PPS SK Alor Pongsu.

Ia diikuti daerah Hilir Perak dengan 18 mangsa (lima keluarga) ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.



Di Kinta, PPS Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Taman Meru Ipoh mula beroperasi Isnin lalu bagi menempatkan mangsa ribut kini dihuni sembilan mangsa (dua keluarga).

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong, di sini, mencecah 3.30 meter (m), melepasi paras amaran 3.22m.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut melaporkan penutupan jalan persekutuan di beberapa daerah berikutan situasi banjir semasa.

Di Kerian, FT147 Jalan Selama ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan kenaikan paras air di jalan terbabit, dan pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

Di Hilir Perak, A129 Jalan Langkap-Air Hitam dipasang papan amaran sementara, penggunaan diminta menggunakan jalan alternatif FT058.

Di Batang Padang, JKR Perak sedang menyegerakan kerja-kerja pembaikan bahu jalan di FT1152 Felda Trolak Selatan yang runtuh dan laluan satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -102-orang-di-perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.072045 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list