CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6898|Reply: 0

[Perlis] ADUN Kuala Perlis desak MB Perlis letak jawatan

[Copy link]
Post time 16-11-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Abu Bakar menunjukkan surat saranan pelantikan Exco yang didakwa tidak diendahkan Mohd. Shukri di Istana Arau, hari ini.

ARAU – Suhu politik di negeri ini bertukar panas apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah mendesak Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli meletak jawatan.

Menurut Abu Bakar, dia mendakwa dirinya dinafikan hak sebanyak dua kali sebagai Exco kerajaan negeri dan keputusan dilakukan Mohd. Shukri membelakangkan keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menamakannya untuk jawatan tersebut.

“Saya rasa kesal dengan tindakan Menteri Besar Perlis bukan kerana tidak dilantik tetapi beliau tidak mengendahkan surat daripada Presiden Bersatu yang menyarankan saya dilantik untuk jawatan berkenaan (Exco).

“Saya rasa ini tidak harus berlaku kerana melanggar arahan Persiden Bersatu supaya perkara ini (pelantikan Exco) dapat dibincangkan,” katanya selepas Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Exco Kerajaan Negeri di Istana Arau, di sini hari ini.

Terdahulu, Abu Bakar mendakwa pihaknya telah menyerahkan surat daripada Muhyiddin kepada Mohd. Shukri melalui wakil Bersatu pada Jumaat lalu yang mencadangkan namanya sebagai exco bagi tahun kedua pentadbiran kerajaan negeri ini.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, Mohd. Shukri sewajarnya berbincang terlebih dahulu berhubung pelantikan Exco berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

Tambahnya, jawatan Exco kanan atau speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pentadbiran negeri ketika ini juga sewajarnya diberi kepada wakil parti Bersatu bagi menunjukkan kebersamaan dalam PN.

Sementara itu, Mohd. Shukri berkata, dia tidak akan melayan desakan Abu Bakar dan memaklumkan akan bertemu Muhyiddin bagi membincangkan mengenai perkara itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... rlis-letak-jawatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.085225 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list