CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7497|Reply: 41

[Tempatan] Parkir bertingkat boleh selesaikan kesesakan di PPR tapi harap tiada bayaran

[Copy link]
Post time 16-11-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-11-2023 09:21 AM

Parkir bertingkat boleh selesaikan kesesakan di PPR tapi harap tiada bayaran
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pr-tapi-harap-tiada

Suhanna Iskandar dan Nur Elysa Amirah Suhaimi
[email protected]

Disiarkan pada: November 16, 2023 @ 4:51pm


Kesesakan parkir di PPR Jelatek sementara menunggu parkir bertingkat (kanan) siap dibina.

Kuala Lumpur: Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) bersetuju dengan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina parkir bertingkat namun berharap tiada bayaran dikenakan kepada mereka.

Tinjauan Harian Metro di tiga PPR di ibu kota mendapati penduduk mengakui rimas dengan kesesakan kenderaan di kawasan perumahan mereka.

Penyewa di PPR Seri Pantai, Lembah Pantai, di sini, Muhammad Ameer Nazrin Mohd Arif, 22, berkata, kekurangan parkir disebabkan bilangan kenderaan yang banyak menyukarkan penduduk.

"Isu ini memang perlu dikaji semula oleh pihak berwajib kerana ada sesetengah pemilik meletakkan kereta sesuka hati sehingga mengganggu laluan kenderaan berat seperti lori dan bas.

"Jumlah ruang meletakkan kereta sangat terhad dibandingkan dengan penduduk yang ramai.

"Kadangkala kami terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan yang agak jauh dan berisiko," katanya.

Muhammad Ameer berkata, di tempatnya kemudahan parkir sudah disediakan oleh DBKL tetapi langsung tidak digunakan penduduk kerana bayaran bulanan yang disifatkan mahal.

"Saya sendiri berminat mendapatkan kemudahan parkir itu tetapi peraturan yang rumit kepada penyewa menyukarkan saya.

"Pemilik rumah harus membayar RM60 setiap bulan untuk mendapatkan parkir bertingkat dan untuk mendapatkan kemudahan itu, tuan rumah tiada tunggakan sewa dan penyelenggaraan, selain memerlukan tempoh kelulusan yang lama.

"Ramai yang tidak dapat memenuhi keperluan itu sehinggakan parkir bertingkat yang disediakan masih kosong kerana proses permohonan yang ketat itu," katanya.

Menurutnya, DBKL sepatutnya memberi kelonggaran kepada penyewa bukan hanya kepada pemilik rumah saja.

Sementara itu, penghuni di PPR Jelatek, Mansor Muhamad, 61, berkata, pertambahan penduduk di PPR menyebabkan masalah parkir yang semakin teruk.

"Bilangan penduduk di sini semakin ramai disebabkan ada anak-anak yang sudah dewasa masih tinggal bersama ibu bapa.

"Mereka juga membeli kereta dan meletakkannya di tempat parkir sekeliling PPR dan menggunakan kemudahan seperti penghuni yang memang tinggal di sini.

"Jika ada majlis yang berlangsung di sini, kereta akan diarahkan untuk keluar dan parkir di tempat lain. Itu merumitkan lagi penghuni," katanya.

Menurutnya, parkir bertingkat yang akan dibina mungkin dikenakan bayaran sedangkan tujuan utamanya bagi membantu masalah kesesakan yang dihadapi penduduk PPR.

"Jika parkir ini perlu dibayar, tidak semua penduduk mampu dan mungkin masih memilih untuk parkir di sekeliling PPR apabila ia siap dibina," katanya.

sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak, Azmi Abdul Aziz, 59, berkata, parkir bertingkat adalah penyelesaian masalah ruang kawasan yang terhad di PPR.

"Setiap PPR patut mewujudkan parkir bertingkat kerana dapat menjimatkan ruang di kawasan PPR.

"Kekurangan tempat letak kereta menjadi punca kepada pelbagai masalah dalam kalangan penduduk, termasuk 'cop parking'.

"Ini akan mewujudkan pergaduhan dan masalah merebut tempat letak kereta sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan," katanya.

Azmi berkata, PPR Seri Semarak mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang bertanggungjawab menyediakan parkir bertingkat untuk kemudahan penghuni.

"PPR Seri Semarak mempunyai ruang untuk pembinaan parkir bertingkat tanpa menimbulkan kesesakan semasa pembinaan berlangsung.

"Dengan lima blok dan hampir 7,000 penduduk, dianggarkan 60 peratus penghuni PPR Seri Semarak memiliki dua kenderaan.

"Disebabkan penduduk yang ramai, penyelesaian parkir yang efektif menjadi semakin penting bagi keselesaan dan keselamatan penduduk di sini," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 05:27 PM | Show all posts
mahal nya 60 hinggit sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii


Then lebih baik hapuskan PPR di KL no..buat PPR di tepi tepi or pinggir bandar...dekat dgn lrt/komuter
.so diaorg akan commute ke bandar naik komuter/train/let/grab...kalau nak bawa kereta, make sure ada bajet utk byr parking ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 16-11-2023 05:27 PM
mahal nya 60 hinggit sebulan

Murah dah tu dikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarat mcm tu pun korg tak boleh nk hadap. Tp anak beranak kereta sampai sorg satu. Mentaliti mcm ni mmg payah la nk tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau satu rumah ade 2-4 bijik kereta wajar ke ko duduk ppr dik..
Pendapatan isi rumah at least lebih 5k..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2023 06:41 PM | Show all posts
Korang agak yg duduk di PPR tu nak ke bayar parking? Entah-entah maintenance fee pun tak bayar. Yang sewa RM124 sebulan pun ada yang tak bayar.Tapi bila tengok gaya hidup banyak berhabis duit utk benda lain. Bayangkan penghuni tu mampu bayar installment kereta tapi tak mampu bayar maintenance fee. Bila dekat pilihanraya mulalah mengadu yang flat kotor dan lif kerap rosak. Sedangkan punca asal adalah daripada sikap mereka sendiri. Problem mereka ini adalah mentaliti. Memang sukar nak ubah mentaliti orang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 06:58 PM | Show all posts
Parking bertingkat disediakan tapi penghuni tak mahu parking di situ kerana kena bayar sewa parking antara RM30 - RM100

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak free. Bengong.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak parking tapi tak nak bayar.


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 08:18 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-11-2023 07:47 PM
Nak parking tapi tak nak bayar.

Akibat terlalu dimanjakan oleh kerajaan. Dia aje terpaling susah di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 08:23 PM | Show all posts
Edited by nolya at 16-11-2023 08:26 PM
honam replied at 16-11-2023 05:27 PM
mahal nya 60 hinggit sebulan

Rm60/bulan = Rm2/hari.  Mahal ke?
Nak free, esok2 akan gaduh lagi.  Percayalah kerana suami isteri dn anak akan dpt tiga parking lot bagi satu keluarga. Orang yg tak dpt parking akan menjerit  lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 16-11-2023 06:58 PM
Parking bertingkat disediakan tapi penghuni tak mahu parking di situ kerana kena bayar sewa parking  ...

laaa ada rupanya parking lot disediakan cuma kene byr la sikit. sanggup depa kereta berhujan panas possibility kene sagat/pecah dek parking merata dari keluarkan sikit duit.
umah iols ni yg tak cukup parking (dah bg 2lot/unit) management bg yearly rent rm4200. agak2 syg kereta yg berlambak tu taknak parking luar sila la beli. tapi kedekut jugak masing2 kereta je beso
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-11-2023 11:47 AM
Nak parking tapi tak nak bayar.

Cuba letak amoi masaage kat situ.
Rm 60 per 30 minit
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
parking fee RM60/month tu x mahal la. kalau sayang kereta mesti sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 16-11-2023 08:57 PM

Semua nak free. Nanti tambah 2-3 buah kereta lagi 1 unit rumah, last2 tak cukup jugak. Parking bertingkat tu pun nak kena jaga, kalau tak nanti penuh dengan sampah sarap sebab ramai main campak sampah macam tu je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dh duit nk bayar sewa, maintenance pn xda duit yg gatal pakai kereta tu knapa?
Kereta bkn cikai2 plak tu.. myvi saje x ckup, modified lg… mitsu expander pn ada… ank 2-3 org pegang hp sorg satu main game, joget2 kt tiktok..puiihh

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 11:03 AM | Show all posts
nolya replied at 16-11-2023 08:23 PM
Rm60/bulan = Rm2/hari.  Mahal ke?
Nak free, esok2 akan gaduh lagi.  Percayalah kerana suami isteri  ...

sure derang minta ahli parlimen kawasan derang yg bayarkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 11:26 AM | Show all posts
honam replied at 17-11-2023 11:03 AM
sure derang minta ahli parlimen kawasan derang yg bayarkan

Hidup ini harus ada timbang rasa dn realiti. Minta dibinakan tempat parkir, OK diusahakan. Namun bertimbang rasalah membayar yurannya supaya ada rasa tanggugjawab, menjaga hak bersama. Terlalu dimanjakan dn nak free semua, kotor dgn sampah, retak dn bocor, bising lagi komplen sana-sini. Jgnlah fikir nak free semua dn melepaskan segala pertanggugjawaban. Nasib baiklah oxygen alam ni free Allah sediakan. Itupun ada yg tak bersyukur nikmat yg Allah sediakan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 11:40 AM | Show all posts
memang perangai PPRT la sangat

haritu tengok berita kat PPR mane entah, parking bertingkat dah siap

orang situ tak nak pun, alasan 1) sebab parking tu tinggi, 2) sebab kena bayar

lagi sanggup menyusahkan orang lain, lori sampah, bomba nak lalu, dari panjat parking tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5541 Replies : 177
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36373 Replies : 1321
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43038 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.075939 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list