CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3020|Reply: 0

[Perak] Menangis makan piza, seumur hidup tak pernah jamah makanan barat

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan Serena menangis ketika kali pertama makan piza. FOTO Tangkap Layar TikTok

Tanjung Malim: Seumur hidup tidak pernah makan piza membuatkan penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari China, Zhou Yu Zi atau mesra disapa Serena ini menangis ketika berpeluang menikmati juadah hidangan berkenaan.

Videonya itu mendapat perhatian selepas dikongsikan rakan baiknya, Aizat Zainal Abidin Asri, 26, di TikTok, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Aizat atau dikenali Coach Aizat dalam kalangan pengguna TikTok berkata, video itu dirakam ketika dia makan bersama Serena, 28.

"Pada hari berkenaan, saya dan Serena di dobi untuk mencuci pakaian. Kebetulan, saya ada beli piza dan ajak Serena makan sama.



"Waktu itu, saya nampak Serena menangis dan bila ditanya, baru dia cerita kisahnya. Rupa-rupanya, Serena menangis kerana itu kali pertama dia makan piza dalam hidupnya jadi terharu apabila dapat menikmatinya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Aizat, Serena turut menceritakan latar belakangnya yang membuatkan dia memahami rakannya itu.

Bagaimanapun, Aizat tidak menyangka ramai salah faham dengan Serena selepas video berkenaan dimuat naik di media sosial.

"Serena bukan orang susah tetapi ramai salah anggap dengan ingat dia kaya apabila tengok dia pakai telefon pintar model luar negara dalam video itu.

"Hakikatnya, kehidupannya waktu kecil tak macam kebanyakan kita kerana keluarganya amat tegas dan pernah makan luar cuma bukan makanan barat.

"Sebaliknya, Serena hanya makan makanan dimasak di rumah dan ikutkan banyak lagi yang dia tak dapat rasa waktu membesar sebagai kanak-kanak dan juga remaja, seperti ke tapak pesta ria (fun fair) serta pantai. Mungkin sebab itu, Serena menangis kerana sedih dalam gembira," katanya.



AIZAT bersama rakan baiknya, Serena. FOTO Ihsan Aizat Zainal Abidin Asri

Aizat berkata, dia terima segala komen dilemparkan walaupun ada yang menuduhnya memuat naik video berkenaan untuk tujuan 'viral' (tular).

"Ada yang tak percaya apabila melihat video itu tapi saya okay saja. Apa yang penting, saya tahu kisah sebenar malah Serena adalah rakan baik saya.

"Kami berkenalan ketika mengikuti kelas kecergasan saya dan mulanya rakan biasa saja sebelum jadi rapat. Cuma saya menuntut di peringkat Sarjana Kejurulatihan Sukan manakala Serena dalam pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... jamah-makanan-barat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.434350 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list