CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9472|Reply: 46

Sera Sekat Shuk Di Whatsapp Dan Instagram, Baru Beberapa Bulan Kenal Dengan Tunang "Harap Dia Dapat Terima Anak-Anak Saya"

[Copy link]
Post time 15-11-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Sera menjelaskan pertunangannya dengan seorang jejaka  adalah benar dan bukan gimik.


Katanya, majlis tersebut telah diadakan di kediaman bapa saudaranya.



Foto: IG




“Bukan gimik. Ia memang majlis pertunangan.


“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya.




  



Memetik laporan Harian Metro, dia bakal manamatkan zaman jandanya pada tahun hadapan, namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut.


“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan.


“Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” kongsinya.


Dalam pada itu, Sera mengaku baru beberapa bulan mengenali bakal suaminya dan berharap jejaka berasal dari Perak itu dapat menerima anak-anak dan juga keluarganya kelak.




  



“Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama.


“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya,” jelasnya.


Mengulas lanjut mengenai reaksi bekas suaminya terhadap berita pertunangan tersebut, Sera bagaimanapun memaklumkan, dia dan Shuk sudah tidak lagi berhubung.


Malah, mereka sudah tidak lagi mengikuti satu sama lain di platform media sosial.




  



“Dia tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain,” ujarnya.


Terdahulu, Sera mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan momen manis sepanjang majlis pertunangannya.


Sekadar info, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.


Namun, pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas Shuk terpalit dengan beberapa siri kontroversi membabitkan orang ketiga dalam rumah tangganya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermmm rasa mcm baru lg diorg pegi umrah sama2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan syuk tadi badan lebih kurang petak
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ha gambar terbaru shuk tu perut dia dah tak kedepan lg dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:01 PM | Show all posts
dah kena blocked dan memblocked pulak ker....

syuk masih hadap skandal saiko dia ker???

bila nak naik taraf dari skandal ker isteri?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla tu..move on la..laki klu dh curang bnyk kali, buat apa nk fikir kan dh..jalan je terus..

Moga semua baik2 sahaja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2023 12:03 PM | Show all posts
Edited by LipasComel at 15-11-2023 04:08 AM

aik,kena block dah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:07 PM | Show all posts
baguslah dh move on..ckupla org sakitkan hati kau tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 12:08 PM | Show all posts
Aku benci bijik nak kawin baru cakap "harap dia dapat terima anak-anak saya". Bukan ko patut siasat dulu character dia dengan budak, penerimaan dia.  Species "asal berlaki", berlumba siapa nikah dulu dgn x-laki ni memang otak penuh ngan air mani gamaknya. Bengap
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:11 PM | Show all posts
"dia bakal manamatkan zaman jandanya pada tahun hadapan, namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut"

Patutnya mmg kau simpan je cerita bertunang kau ni daripada umum Seraaa oiiii....


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
roti_banjir replied at 15-11-2023 12:01 PM
dah kena blocked dan memblocked pulak ker....

syuk masih hadap skandal saiko dia ker???

Mybe shuk tggu sera move on n kwen dlu kot so bila sera kwen laon tentu dia dh xde harapan nk rujuk dgn sera semula
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 15-11-2023 12:11 PM
"dia bakal manamatkan zaman jandanya pada tahun hadapan, namun enggan berkongsi lanjut mengenai perk ...

Aku dlu 10 tahun janda bru nikah baru sbb tggu anak2 dh besar walau anak2 bukan stay dgn aku .. naseb anak2 aku ckp husband aku okey depa boleh lepak sekali .. benda paling aku takut bila cari laki ni adalah ank aku yg girl..sbb anak aku lawa so aku kena cari lelaki yg btul2 anggap ank aku mcm ank dia sndiri alhamdulillah dapat
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:09 PM | Show all posts
shuk bila nak kawen dgn skandal?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan uker Shuk gendut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skandal giler syuk tu xroyan ke tgk sera dh btunang
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
betul ke, sebab lepas sarung cincin siap yeay, biar betul buat perangai gitu dpn org tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 02:54 PM | Show all posts
entah ler syuk ko sanggup eh hadap lg pompuen psiko tu ke?? aduhhh

ex dah btunang, kte tgu syuk le plk. kalau syuk dgn org lain, mau nyer si psiko tu bertindak ganas lagiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbuk gi je laa layan cok badak faraaaa,, hehebwbwbwwbwbbbwbwwbwbbw bukan tu ke dambaan dia selama ineyyyy...

Sera dok dendiam sudehhh,, xyah kompang bnyk sgt.. Hang bukan retis
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 03:10 PM | Show all posts
baru beberapa bulan kenal terus bertunang sambil berharap dia boleh terima anak2? kalau dia xbleh terima macamana? nak putus tunang ke nak buang anak?
asal boleh je bagi statement
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 15-11-2023 12:11 PM
"dia bakal manamatkan zaman jandanya pada tahun hadapan, namun enggan berkongsi lanjut mengenai perk ...

Kalau simpan org tak tau. Dia ni serupa si shuringai

Semua nk cecehkan kan org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.070757 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list