CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5257|Reply: 7

[Tempatan] Buat aduan jika terjejas akibat boikot

  [Copy link]
Post time 15-11-2023 07:11 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Mana-mana pekerja tempatan yang terjejas akibat kempen boikot syarikat dan produk berkaitan Israel berhak membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menterinya, V Sivakumar berkata, bagaimanapun pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

“Di peringkat KSM, kita belum terima apa-apa aduan. Kita akan lihat perkara itu dan tindakan akan diambil,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesan gerakan boikot tersebut yang dilihat semakin memuncak dalam kalangan rakyat Malaysia susulan kekejaman rejim zionis terhadap rakyat negara Palestin yang memasuki hari ke-39.

Gerakan boikot produk dan jenama yang menyokong Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat serta negara Eropah begitu rancak dan agresif apabila ramai orang yang mempromosikan kempen itu di media sosial masing-masing sebagai tanda solidariti bersama Gaza.

Difahamkan, kempen boikot produk dan syarikat yang berkaitan dengan Israel itu dilihat memberi kesan kepada pendapatan pekerja tempatan dengan ada antara mereka didakwa diberhentikan kerja susulan pendapatan syarikat jatuh mendadak.

Pertempuran di Palestin yang membabitkan Hamas iaitu pihak yang berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu mengorbankan beribu-ribu nyawa di kedua-dua belah pihak. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in..ade story to share..nanti free i type
.....

.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss duk kwsn cina..tgk kfc,mcd,s x ramai pun cina2 yg msk..dia org melepak makan2 kat foodcourt, Marry brown...kat tempat iolss ni la...so iolss terfkr kalo boikot ni takat org melayu je x la terjejas sgt kot...tp sbb bangsa selain melayu pun boikot...Tu sbb terasa kot..ni yg iolss nampak la...kat tempat lain x tau la
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuti deepavali ari tu saja ajak laki pusing2 kl,  dr Starbucks, kfc, mcd, pizza smua tu lengang. Kot yg dine in pun sorang 2. Kedai2 mamak, kedai2 arab boleh dikatakan full. Sama jugak kalau pasaraya, rak2 maggi, nescafe, milo smua penuh macam x luak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:13 PM | Show all posts
tgk video kt tiktok ari tu mcd alamanda ramai je makan situ. starbukcs klcc tak silap pon ramai je. but lantak la dorang. pilihan masing2. sapa kita nk pertikaikan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 15-11-2023 10:19 PM

Friend gi mcd drive thru smalam 8pm..utk anak dia..punya lah byk kreta queue, slow moving pulak tu..dia thought wowww ramai beli, org tak boycott rupanya. Tapi rupa² nya

Bila dah turn dia to pay..
Staff mcd : sorry lambat...sbb ramai boycott, so tak ramai staff yg ade, more than half tak payah dtg kerja.

Dia: ohhhh ye ke..i ingat lambat sbb ramai sgt org order delvery & drive thru. Sales camane? Declined?

Mcd: Sales teruk kak...turun more than 70%. Tu yg ramai tak disuruh dtg kerja

So if nampak drive thru queue pjg² tu jgn salah faham k...bukan sbb laku org ramai beli...but sbb slow org boycott & staff dikurangkan


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 15-11-2023 10:02 PM
Friend gi mcd drive thru smalam 8pm..utk anak dia..punya lah byk kreta queue, slow moving pulak tu.. ...

Aku pun g drive thru mcd semalam. Yg amek order pun manager aku rs ( baju kelabu). Selalu crew biasa yg baju merah.
Boikot la korg, arini tup2 merc derma sejuta euro kt israel, ko ghase bkn kt msia ni rmi pak aji suka pki merc ke. Nk2 ada kerajaan negeri tu penyumbang la jgk. So klu nk boikot produk/servis boikot la sekali pembeli2 itu jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 12:14 AM | Show all posts
dpt pampasan kew?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195745 Replies : 4532
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071371 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list