CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3677|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan 12 pengunjung pusat hiburan positif dadah

[Copy link]
Post time 14-11-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan



GEORGE TOWN - Seramai 12 pengunjung pusat hiburan di kawasan Lebuh Chulia dekat sini termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan kerana positif dadah dalam operasi awal pagi Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan berkata, dalam operasi bermula 1 pagi itu, pihaknya memeriksa dan menjalankan ujian air kencing ke atas 67 orang termasuk 25 wanita yang berada di premis terbabit.

"Pemeriksaan itu melibatkan 67 pengunjung termasuk 26 warga asing yang berada di pusat hiburan tersebut dan mendapati 12 daripada mereka positif dadah.

"Kesemua 12 yang positif termasuk dua wanita itu berusia 19 hingga 50 tahun dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Selasa,

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... buran-positif-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.236418 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list