CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2341|Reply: 1

[Perak] 3 bersaudara rentung selepas hantar juadah Deepavali ke rumah nenek

[Copy link]
Post time 14-11-2023 02:50 PM | Show all posts |Read mode

Bapa kepada dua beradik yang terbabit nahas tiga rentung di Jalan Bercham, di sini, malam tadi iaitu M Manimaran, 50; menunjukkan wajah anak lelaknya yang maut dalam nahas itu iaitu M Krishna, 20 (berbaju biru), dan M Pavilesh, 16 (berbaju putih); ketika ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

Ipoh: Tiga bersaudara yang rentung dalam kemalangan membabitkan kereta dinaiki dengan lori sampah Jalan Bercham di sini, malam tadi dalam perjalanan selepas menghantar juadah sempena Deepavali ke rumah nenek.

Bapa mangsa, M Manimaran, 50, berkata dua anaknya M Krishna, 20, dan M Pavilesh, 16, diminta oleh isterinya menghantar makanan kepada ibunya yang tinggal di Taman Perpaduan, Tambun di sini petang semalam.

Katanya yang tinggal di Taman Chempaka di sini, sudah menjadi kelaziman sewaktu cuti bagi anak sulung dan ketiganya itu menghantar juadah kepada nenek mereka berusia 70-an yang tinggal berseorangan itu.

"Saya tak pasti selepas menghantar hidangan itu mereka ke mana sebab dalam jam 6 petang saya menghubungi salah seorang mereka dan memberitahu mereka mahu ke rumah kawan.



"Saya juga tak pasti bila mereka jemput sepupu mereka yang tinggal di Pangsapuri Bercham itu," katanya ketika ditemui di Perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Selain Krishna dan Pavilesh, turut rentung dalam nahas kira-kira jam 8 malam itu adalah sepupu mereka, N K Subash Varman, 16.

Kata Manimaran, dia mula risau selepas gagal menghubungi anaknya apabila hari sudah lewat petang.

"Sangat jarang mereka tidak menjawab panggilan telefon. Oleh kerana bimbang, saya ke balai polis untuk bertanya jika ada sebarang maklumat berkaitan anak saya. Namun saya diminta pulang dahulu memandangkan kehilangan mereka belum sampai 24 jam.

"Kira-kira 15 minit selepas sampai di rumah, kira-kira jam 10 malam polis datang ke rumah memberitahu tentang kejadian itu berdasarkan nombor pendaftaran kereta Proton Perdana milik saya selain kad pengenalan Pavilesh yang tidak musnah dalam kejadian itu," kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu bapa kepada Subash Varman, L Nantha Kumar, 41, berkata pemergian anak sulungnya itu memberi tamparan besar kepadanya dan isteri, Nirmala Devi, 38.

Subash turut disifatkan anak yang baik dan rajin membantu ibu bapa menyara keluarga apabila bekerja mengambil upah mengecat rumah dan seumpamanya.

"Ketika kami baru pulang kerja sekitar jam 5.30 petang ada yang memberitahu anak keluar dan saya juga tak tahu mereka ke mana sebenarnya. Tetapi ketika Subash keluar dia tidak membawa telefon bimbit serta dompet," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dinaiki tiga bersaudara itu dari arah Tanjung Rambutan hilang kawalan lalu bertembung dengan lori sampah ketika melalui selekoh.

Katanya, akibat pelanggaran itu kereta terbabit tersepit di bawah lori sampah lalu terbakar dengan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... vali-ke-rumah-nenek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 03:34 PM | Show all posts
Sedihnya, bertabahlah mak pak mendiang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.948770 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list